Khamis, 22 April 2010

Charice Pempengco Vs Bianca Ryan

Hello pada semua bloggers.......agak lama juga saya menyepi kan. tengok blog saya pun dah lama tak ada update terbaru....itu sebab kepala otak belum basah dengan idea lagi...asyik busy dengan benda lain ja! hehe...

Baru-baru ini saya banyak menghabiskan masa dengan Youtube...yer la memandangkan hostel ini tak ade TV...maka Youtube juga la jadi teman...hehe.
Dalam melayan youtube, saya tertarik dengan kisah dua budak perempuan ni......Charice Pempengco dan Bianca Ryan! Bagi yang meminati industri vocal mesti dah kenal siapa dua mereka kan? Bagi yang tak kenal.....ermm..I must say you HAVE to know them! The world keep comparing them both.....why? Hehe...stay tuned to find out...

Charice Pempengco lahir pada 10th May 1992 (now 17 years old) dan merupakan penyanyi antarabangsa yang berasal dari Filipina. Charice meraih populariti daripada Youtube atas usaha seorang peminatnya yang hanya ingin dikenalo sebagai Falsevoice. Falsevoive merasa sedih kerana rakyat negara itu kurang menghargai bakat Charice. Oleh itu, Falsevoice pun dengan gigihnya merakam semua persembahan Charice dalam setiap pertandingan dan menghantarnya ke Youtube. Bakatnya telah menarik perhatian dunia luar sehingga diundang ke Ellen Degeneres Show dan juga Oprah Winfrey Show. Kisah hidupnya diterbitkan dalam sebuah filem bertajuk "Charice Pempengco's Life Story". (http://www.ampedasia.com/forums/reenactment-of-charice-pempengcos-life-story-t-13494.html). Charice mula menyanyi dan menyertai pertandingan nyanyian sejak berumur 3 tahun lagi bagi menampung hidup keluarganya yang serba miskin. Menurut Charice, semua teknik vokal serta nyanyiannya dipelajari dari pertandingan2 yang diikutinya dan juga dari ibunya, Raquel Relucio.


Bianca Ryan lahir pada 1 September 1994 (now 15 years old) di Philadelphia, Pennsylvania. Bianca mula popular setelah menjuarai American's Got Talent (AGT) pada umur 11 tahun. Seperti Charice, Bianca juga mempunyai bakat yang besar pada umur yang sangat muda. Bianca mula dikenali semasa dia menunjukkan kemantapan vokalnya buat kali pertama semasa ujibakat AGT. Lagu "And I'm Telling You I'm Not Going" yang dibawanya telah membuatkan para juri serta penonton menjadi speechless! Bagi rakyat di negara Barat, Bianca adalah idol serta role model di kalangan anak2 muda di sana.
Oleh kerana bakat kedua2 budak perempuan ni sangatla besar dan berlatarbelakangkan hidup yang berbeza.....seluruh dunia asyik membandingkan yang mana satu lebih hebat. Bagi saya, kedua2 mereka mempunyai keunikan masing2 dan tidak seharusnya diperbandingkan. Lebih baik kita jadikan cerita hidup mereka sebagai satu pedoman dan pengajaran untuk mencapai cita-cita sehingga berjaya!! Betul tak??? Hehehe ;)