Selasa, 18 Januari 2011

I Got a Crush on You..

2nd Janbuary 2011- I had a first crush on you....
3rd January 2011- I had a 2nd crush on you...and I started to hurt myself by knowing that...

It's been 17 days already and I still can't forget you... Gosh..it is really hurt!

I pray to God that I'll find someone new ASAP so that I can forget my feeling about you..



Rabu, 12 Januari 2011

Jatuh CINTA Lagi

Pertemuan pertama saya dengan DIA hari itu merupakan antara hari yang sangat menggembirakan saya! Entah nape...first time bersalam tangan dengan dia terasa macam ada kejutan eletrik mengalir dalam bdan. Hahaha...saya ni bukan la jenis yang romantik ataupun jiwang...tapi this was happened so suddenly and out of my control! Dari hari pertama berkenalan dengan DIA sehinggala sesi berkaraoke keesokan harinya itu...saya asyik terfikirkan DIA. Gosh...i feel so pathetic!

Hidup bertambah pathetic lagi bila dapat tahu yang si DIA ni sudah berpunya. I was like....GOSH! kenapa la saya selalu jak jatuh cinta pada orang yang tak sepatutnya. It kinda hurt me badly...but what make things more pathetic was that I never give up on that person! Hahaha...so siapa yang bodoh sekarang ni??

Setiap pagi bila bangun pagi saya akan teringat kat DIA dan akan hantar SMS "Selamat Pagi" dan sebelum tidur tak pernah pula saya lupa untuk wish DIA "Good Night". Sambil2 tu saya berharap DIA akan sedar dan tahu perasaan saya...hahaha...bodoh tak saya??!

Baru sekejap tadi saya dapat tahu siapa pasangan kekasih DIA di Facebook. Hurmm....bila dapat tahu siapa orang tu saya dah mula berputus asa. Rasanya saya kena mula hentikan semua ini...tapi peliknya half of me enggan berputus asa! OMG...sangat dilema sekarang! huhuhu...

Khamis, 12 Ogos 2010

Jaclyn Victor-Koleksi Gemilang (Karaoke)


Hehe...Along, Fie and me singing karaoke of Koleksi Gemilang originally sang by our idol..Jaclyn Victor. Enjoy...! ;)



Isnin, 28 Jun 2010

Lagu Tema FIFA 1966-2010

Memandangkan sekarang musim "HOT" FIFA 2010, pasti ramai dah tahu lagu tema World Cup 2010 kan??! Apa lagi kalau bukan "Waka...Waka..Eh..Eh.." yang dinyanyikan oleh penyanyi yang popular dengan debut singlenya dulu "Underneath Your Clothes" iaitu Shakira! Wah...bukan main meletop video klip Shakira dalam lagu ni. Dia memang makin"HOT" sekarang kan?! Tidak lupa juga penyanyi Spiritual terkenal R Kelly dengan lagunya "Sign of Victory". Kedua-dua lagu ni memang hebat dan sangat BEST!

Namun dalam keasyikkan FIFA tahun ini...pasti ramai yang tak tahu langsung pasal lagu-lagu tema FIFA yang sudah lapuk ditelan zaman kan? Hehehe....Walaupun saya bukan peminat fanatik bola sepak...tapi saya amat meminati lagu-lagu tema FIFA ini. Bagi saya lagu-lagu yang diperkenalkan semuanya sangat best. Lagu yang menjadi tema FIFA mempunyai pelbagai variasi dari segi tema serta genre yang dibawa. Tambahan pula, penyanyi-penyanyi yang membawa lagu-lagu ini semuanya bukan calang-calang hebat!

Terlintas di fikiran saya untuk mendengar semula lagu-lagu tema FIFA dari dulu sampai sekarang kat Youtube. Waahh...memang BEST! Siap download lagi...hehe. So bagi sesiapa yang tak tahu lagi lagu-lagu yang pernah menjadi tema FIFA dari tahun 1966 sehingga kini...ini adalah senarainya: (KLIK pada link kalo nak dengar lagunya k)

  1. 1996 (England)- World Cup Willie (Where in this World are We Going) by Lonnie Donegan
  2. 1982 (Spain)- Mundial '82 by Placido Domingo
  3. 1986 (Mexico)- A Special Kind of Hero by Stephanie Lawrence
  4. 1990 (Italy)- Un'estate Italiana by Edoardo Bennato & Gianna Nannini
  5. 1994 (US)- We are the Champions by Queen
  6. 1998 (France)- The Cup of Life by Ricky Martin and Together Now by Jean Michel Jarre & Tetsuya Komuro
  7. 2002 (South Korea, Japan)- Anthem by Vangelis and Boom by Anastacia
  8. 2006 (Germany)- Celebrate the Day by Herbert Gronemeyer with Amadou & Mariam and The Time of Our Lives by ll Divo & Tony Braxton
  9. 2010 (South Africa)- Sign of Victory by R Kelly and Waka Waka (This Time for Africa) by Shakira.

Enjoy the songs....!!! :)

Selasa, 22 Jun 2010

Jonathan Platero [SYTYCD]

Okay....ceritanya macam ini....semalam time menunggu baju habis basuh kat dobi hostel, saya sempat la juga menonton rancangan 'So You Think You Can Dance 2010' (SYTYCD) kat channel Astro. Minggu pertama punya show saya tak sempat nak tengok. Maklumla dekat hostel nak tengok TV memang payah. So, semalam merupakan show minggu kedua rancangan ini. Sungguh menarik! Walaupun tak mengikuti sangat perkembangan rancangan realiti ini...namun saya amat tertarik dengan persembahan daripada semua peserta rancangan ini.

Dalam banyak-banyak contestants.....saya sangat tertarik dengan seorang penari ini! OMG....meletop jantung bila tengok dia. Nak tahu siapa dia? Dialah bakal NEXT 'thing' saya sekarang.......and his name is JONATHAN PLATERO!


Facts about Jonathan Platero:
  • lahir pada 24th May 1988 (22 years old)
  • Birthplace: New York, Hometown: Sanford, FL
  • merupakan ahli gimnastik sebelum memulakan karier sebagai penari pada umur 16 tahun.
  • World Salsa Finalist 2006-2007
  • a dancer and acrobat dalam "High School Musical"
  • Top 20 contestant of SYTYCD 2010. Peserta lelaki ketiga eliminated dalam rancangan ini.

Saya pun kurang faham kenapa penonton boleh terlepas pandang akan kebolehan dan bakat dia dalam rancangan ini. Komen-komen juri sudah cukup menjelaskan bahawa Jonathan adalah antara peserta terbaik yang mereka pernah ada selepas lima musim berlalu. Hurmmm....kalo ada "wild card"....harapan menggunung tinggi Jonathan dapat masuk semula!

P/S: Video kat bawah ini adalah persembahan Jonathan yang paling saya suka! Gandingan bersama Karla Gracia dan dikoreografikan oleh Stacey Tookey pada minggu ke-18. Enjoy!

Isnin, 21 Jun 2010

Malam BBQ yang Tenang

19th June 2010- Rupanya aktiviti panggang memanggang di hujung minggu sangat seronok! Ayam panggang, pedal ayam, bontot ayam, hotdog panggang...wah sangat sedap!

Walaupun tanpa dirancang......Along tiba-tiba mendapat idea untuk meluangkan masa hujung minggu dengan menikmati BBQ. Hehehe...pada mulanya nak buat ringan-ringan kat dalam rumah Mac ja...tapi berakhir kat taman Permaisuri. Walaupun yang datang cuma 8 orang ja...namun keseronokkan tetap terasa. Teringat plak saya dengan keadaan malam tu.....kurang ini kurang itu la....maklumla first time menganjurkan BBQ sendiri...well, rasanya next time kena amik kursus kot. Haha....learn from mistakes! hehehe ;)

Thanks Along for a such great idea.....and also to Hurmz, Mac, Syuk, Syed, Madi and Atong....thanks for coming along! Can't wait for the next session. Ajak ramai-ramai...... Maybe after this we can do steamboat plak.....! ;=)

TENGAH MEMBAKAR ARANG...GIGIH!

NAMPAK TAK BONTOT AYAM PANGGANG TU?? THANKS HURMZ..HEHE

MAC YANG SEDANG GIGIH MEMANGGANG AYAM...SIAP LETAK MADU LAGI!

TENANG DUDUK DI SINI SAMBIL BERGOSSIP!

CAN'T WAIT FOR THE NEXT SESSION!!



Ahad, 20 Jun 2010

Cerita Hati Saya

Hurmmm......terlalu banyak yang berlaku akhir-akhir ini hingga saya tak tahu nak meluahkan isi hati ini kepada siapa. Kenapa begitu banyak kepedihan ni?? Entah mana Si Keseronakkan tu bersembunyi!

Ermm...baru-baru ini saya kehilangan seorang kawan. Entahla nak cakap macam mana....kalo nak dikatakan saya ni seorang pendendam....bukan juga! It's all about respecting each other. Kalo kawan dengan kawan dah tak boleh nak respect each other.....why we have to pretend to be friend?? Tapi perasaan saya ini.....siapa yang tahu? Hanya Tuhan je tahu...apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya! Well, I always want to think postively selagi termampu! So be it!

Tak cukup dengan masalah ni, sekarang saya pula tengah bergelumang dengan krisis hubungan! Complicatednya!!!! Saya tak tahu nak akap macam mana......saya berharap sangat yang dia tahu perasaan saya. Saya tak pernah berniat mempermainkan perasaan sesiapa....lebih-lebih lagi saya dah pernah mengalaminya. Memang betul diri ini sudah mula membuka pintu tapi pintu ini bukan untuk dia kot! Huhu....dilema sangat...

Masalah kawan...cinta masih tak cukup! Kini dengan masalah kewangan...masalah study! OMG! Nak je saya menjerit sekuat hati kalo boleh....biar sampai hilang suara. Tapi saya masih berpijak di bumi yang nyata! Still normal! Ahaks......c'mon beb...this is Zino...a person that always know what to do when troubles comes and can stand on his own feet! Takkan mudah jadi gila! Hahaha....

Walaupun banyak benda yang sangat pedih dan pedas menimpa....saya tetap masi boleh bertahan kerana saya masi mempunyai ramai kawan yang sangat memahami saya dan sentiasa menjadi peneman di waktu suka duka saya. I love them very much! Walaupun perkara kecil seperti menemani saya karaoke, lepak-lepak atau makan-makan....or listening to my stupid jokes....actually it really meants a lot! Thanks So Muucchh!

Inilah cerita hati saya sekarang........