Jumaat, 7 Mei 2010

SeLamat JalaN KawanKu yang Hijau!

1hb May 2010- Malam terakhir bersama dengan Isma...huhu. Rasa sangat pilu plak bila nak melepaskan seseorang tu pergi jauh dari kita...lebih2 lagi orang yang kita sayang. Tiba2 terlintas plak di fikiran ni....baru sedar betapa pentingnya kawan tu. Lebih penting dari segala-galanya. Ade boifren ke...or girlfren ke....tak boleh mengatasi rasa sayang kawan tu k. Contoh terbaik adalah malam hijau ini. Walau dalam gambar nampak ceria tapi sebenarnya malam ni adalah malam emosional k! Dapat juga tengok kawan kitorang ni mengeluarkan airmata sebelum berangkat ke Bintulu pada 2hb May 2010 untuk selama-lamanya ( harap dia datang juga melawat kitorg kat sini satu hari nnt ;p)

Sini...saya ada la jugak upload beberapa pic best yang diambil dari kamera kawan2 malam tu....tinggalah kenangan terindah! :)


Ni Isma yang tengah menangis! Hehe..


Sesi terakhir photo shooting!


"Leaving on a Jet Plane" khas utk Isma


Acara makan2 dan potong kek bersama Isma.

Khamis, 22 April 2010

Charice Pempengco Vs Bianca Ryan

Hello pada semua bloggers.......agak lama juga saya menyepi kan. tengok blog saya pun dah lama tak ada update terbaru....itu sebab kepala otak belum basah dengan idea lagi...asyik busy dengan benda lain ja! hehe...

Baru-baru ini saya banyak menghabiskan masa dengan Youtube...yer la memandangkan hostel ini tak ade TV...maka Youtube juga la jadi teman...hehe.
Dalam melayan youtube, saya tertarik dengan kisah dua budak perempuan ni......Charice Pempengco dan Bianca Ryan! Bagi yang meminati industri vocal mesti dah kenal siapa dua mereka kan? Bagi yang tak kenal.....ermm..I must say you HAVE to know them! The world keep comparing them both.....why? Hehe...stay tuned to find out...

Charice Pempengco lahir pada 10th May 1992 (now 17 years old) dan merupakan penyanyi antarabangsa yang berasal dari Filipina. Charice meraih populariti daripada Youtube atas usaha seorang peminatnya yang hanya ingin dikenalo sebagai Falsevoice. Falsevoive merasa sedih kerana rakyat negara itu kurang menghargai bakat Charice. Oleh itu, Falsevoice pun dengan gigihnya merakam semua persembahan Charice dalam setiap pertandingan dan menghantarnya ke Youtube. Bakatnya telah menarik perhatian dunia luar sehingga diundang ke Ellen Degeneres Show dan juga Oprah Winfrey Show. Kisah hidupnya diterbitkan dalam sebuah filem bertajuk "Charice Pempengco's Life Story". (http://www.ampedasia.com/forums/reenactment-of-charice-pempengcos-life-story-t-13494.html). Charice mula menyanyi dan menyertai pertandingan nyanyian sejak berumur 3 tahun lagi bagi menampung hidup keluarganya yang serba miskin. Menurut Charice, semua teknik vokal serta nyanyiannya dipelajari dari pertandingan2 yang diikutinya dan juga dari ibunya, Raquel Relucio.


Bianca Ryan lahir pada 1 September 1994 (now 15 years old) di Philadelphia, Pennsylvania. Bianca mula popular setelah menjuarai American's Got Talent (AGT) pada umur 11 tahun. Seperti Charice, Bianca juga mempunyai bakat yang besar pada umur yang sangat muda. Bianca mula dikenali semasa dia menunjukkan kemantapan vokalnya buat kali pertama semasa ujibakat AGT. Lagu "And I'm Telling You I'm Not Going" yang dibawanya telah membuatkan para juri serta penonton menjadi speechless! Bagi rakyat di negara Barat, Bianca adalah idol serta role model di kalangan anak2 muda di sana.
Oleh kerana bakat kedua2 budak perempuan ni sangatla besar dan berlatarbelakangkan hidup yang berbeza.....seluruh dunia asyik membandingkan yang mana satu lebih hebat. Bagi saya, kedua2 mereka mempunyai keunikan masing2 dan tidak seharusnya diperbandingkan. Lebih baik kita jadikan cerita hidup mereka sebagai satu pedoman dan pengajaran untuk mencapai cita-cita sehingga berjaya!! Betul tak??? Hehehe ;)

Jumaat, 19 Mac 2010

Tersimbah AIR PANAS gara sesuap maggi!

Saya baru je terima info from my colleagues yang my other colleagues (namanya A je la..) kena simbah (tersimbah) air panas and now are admitted to ward! OMG.....

Entahla...nak cakap benda ni menyedihkan...azab...tapi lucu pun ada. Apa tidaknya....malapetaka berlaku disebabkan sesuap maggi..ahaks..

Cerita yang saya dengar adalah macam ni....si B ni nak makan maggi...so dia masakla air panas dlm kettle. Yang silapnya dan juga x logiknya...nape nak masak air tu kat tempat yg tinggi? Dengar2 kettle tu di letakkan kat atas microwave...dan microwave tu plak letaknya dia atas fridge!
[Tau tak....kalo ikut hukum sains...masak air tempat yg tinggi boleh menjadi faktor air tu masak lambat...sbbnya tekanan rendah dn macam2 lagi la.....]

Ok...berbalik pada cerita asal...kemudiannya si A ni pergila fridge tu nak amik something....lepas tutup fridge tu kettle tu terus terjatuh....wahhh! Malapetaka sungguh! Naseb baik hanya separuh badan je kena...dari kepala hinggala ke kaki. Yang nasib baiknya lagi...nasib budak A ni bertudung...so tolong2 cover juga la skit kat bahagian kepala dan muka tu....huhu..tapi habis kulit tangannya melecur menggelembung....yeewwwk

PENGAJARANNYA....nak masak air tu jangan la masak tempat yang tinggi sangat....x sangka pasal nafsu sesuap maggi boleh bawa padah...huhu!

Isnin, 1 Mac 2010

"A Feeling I Wanna Share"

You SMS me that morning to basically say that you care for me,
But that you're just not in love...
Immediately I pretended to be feeling similarly and led you to believe it was okay to just walk away from the one thing that's unyielding and sacred to me..

Well I guess I'm trying to be nonchalant about it..
And I'm going to extremes to prove I'm fine without you..
But in reality I'm slowly losing my mind underneath a disguise of a smile..
Gradually I'm dying inside....
Friends ask me how I feel and I lie convincingly cause I don't want to reveal the fact that I'm suffering....
So I wear my disguise 'till I go home at night and turn down all the lights...
And then I break down and cry

So what do you do,
When somebody you're so devoted to suddenly just stops loving you?
And it seems they haven't got a clue of the pain that rejection is putting you through..
Do you cling to your pride and sing "I will survive"??
Do you lash out and say "How dare you leave me this way?"
Do you hold on in vain as they just slip away??

P/S: But after all you've done to me...I will keep being strong and one day I will make sure you are not a part of my life anymore...

Rabu, 17 Februari 2010

Tinggalkan AKU!!!

Petikan ini dipetik daripada lirik lagu Anuar Zain "Tinggalkan Aku". Personally, lagu ini ada makna yang sangat mendalam dalam diri saya sekarang ni...dan saya tujukan kepada yang sepatutnya...hopefully saya akan dapat melupakan semuanya dengan cepat dan kembali seperti sedia kala...i want to be happy...not to be broken by someone else!

****
Kata Mu cinta telah tiada
Sendiri Aku menahan pedih ini
Hilang semua rasa, habis begitu saja
Untuk bersama buat selamanya..

Kata Mu Dia yang lebih sempurna
Dia la di jiwa, Dia nafas asmara
Bisik kata-kata akhir Mu itu
menusuk jiwaku
Kini Kau datang kembali padaku lagi..

Pergi sudah tinggalkan Aku
Ku tak ingin Engkau ada
Kembali lagi ke dalam cerita hidup Ku ini
Ku bahagia tanpa dirimu
biar begini adanya aku kerana
tanpa Mu Kutemukan sinarnya..

Usah lagi Kau guris hatiku
Ku tak mahu lagi merasakan hadir Mu dalam duniaku
Pergilah dari hidup Ku!

Jumaat, 5 Februari 2010

WOW....Real QUEEN of BELTING!

MELALAK....MENJERIT! Biasanya gelaran ini yang diberi oleh kaum-kaum yang buta seni muzik kepada penyanyi2 yang menggunakan teknik BELTING bila menyanyi...sorry to say...sometimes it really piss me off to hear that! BELTING is not menjerit or melalak yew.....it is a singing or vocal technique yang memerlukan Range Vocal yang tinggi dan Lung Power yang mantap!

Bercakap pasal belter singer ni.....my favourite will be Jaclyn Victor, Charice Pampengco, Mariah Carey, Danyl Johnson, Clay Aiken, Adam Lambert and the latest one is Sam Tsui (But Sam is the most average belter compared to the others..but still love his voice)! haha...

But who is the REAL QUEEN OF BELTING?? You guys would not going to love her...including me. But OMG she is really amazing! She can belt, hit and sustain the HELL note that probably none of living human can hit like what she did.....introducing........ ERYKAH BADU!!

BELIEVE IT OR NOT....watch this video....


SO....how was she?? Hahaha...please give some comments ya...enjoy :)


Khamis, 28 Januari 2010

Jangan Berhenti Berharap!!



Hye semua.....

Post lepas saya ada cerita sedikit pasal GLEE....cerita baru yang tengah HOT sekarang ni kan?? Hehe....dalam cerita tu ada satu part dorang nyanyi lagu "Don't Stop Believin" rasanya kat episod 2 atau 3 kowt.... walaupun first time dengar, saya dah minat gila dengan lagu tu!! Entah dah berapa kali ulang2 scene tu....ahaks

Oleh kerana terlalu taksub dan jatuh cinta dengan lagu tu....saya pun bukalah Youtube sebab nak tahu sape penyanyi asal lagu tu. Tanpa disengajakan.....saya terjumpa video ni plak.....

Sape SAM TSUI ni??? Mesti korang pun x pernah dengar nama ni kan?? Apatah lagi saya!!

Dengan penuh perasaan ingin tahu....saya pun cubala try search more video of him dalam Youtube.....and you know what?? He is so amazing!! Wah....tak sangka saya dah jatuh cinta dengan suara dia...he's talented!! Apa yang special pasal dia ni.....dia bukan ARTIST, bukan PENYANYI, bukan CELEBRITY......but just a normal COLLEGE STUDENT of Yale that has no recording deal or any single yet!!! But man, he really got the voice and talents.....he can really sing beautifully....and i just can't get enough of HIM. Kalo korang search dia kat Youtube...korang boleh tengok dia nyanyi beberapa lagu yang korang pasti suka...misalnya Run by Leona Lewis, Thinking of You by Taylor Swift, Michael Jackson Medley, You and I Both by Jason Mraz dan macam2 lagi....

Sam Tsui is not ALONE?? If you like Sam Tsui...then you all harus kenal ngan kawan dia ni...KURTHUGO SCHNEIDER. Actually semua video, music arrangement and back up singer dalm video tu adalah atas usaha Kurt yang juga sangat berbakat dalm bidang musik (Tak heranla sebab dorang ni adalah pelajar dalam seni musik). Antara semua video lagu yang dia nyanyi dalam Youtube tu...saya paling suka "Don't Stop Believing".... atau Jangan Berhenti Berharap! Sedap juga tajuk lagu ni kan?! hehe....

**Sebagai kesimpulannnya.....akhirnya saya jumpa juga penyanyi asal lagu ni.....iaitu Journey..sebuah kumpulan veteran gteww...!! Tapi banding dengan penyanyi asal dangan Sam....I go for SAM!! Hehe~