Khamis, 10 Jun 2010

SABHI SADDI

Tadi time lepak2 mata ke Youtube....tiba-tiba terlintas nak tengok Sabhi Saddi nyanyi live. Rupanya dalam Youtube tak banyak video pasal dia. The only live dia pernah buat adalah dalam NTV7 Breakfast Show.....tapi memang mantap gak vokal dia! Rasa macam nak tengok more live show of him!! Hurmmm.....kerana kurang puas hati, saya pun search la nama dia kat internet. Rupanya dia baru nak berjinak-jinak dengan dunia musik.....so let us welcoming him to 2010!


Tapi siapa Sabhi Saddi ni sebenarnya?
Kalau tengok gambar dia....macam orang Indonesia pun ade...or macam pinoy....macam model pun ade...macam mix-mix pun ade! Hehe..tapi semuanya bukan!
Sabhi Saddi adalah anak kelahiran Sandakan.....rupanya orang Sabah ok!! Berumur 25 tahun dan merupakan bekas penari hip hop kumpalan Edsco bersama Aam AF (Wah...rupanya penari pun berbakat dalam bidang suara jugak! Excellent...).


Sabhi Saddi mula memperkenalkan dirinya di dalam industri musik dalam single pertamanya "Sayang Giler" dalam sebuah filem produksi KRU Cicakman 2. Selain tu dia juga turut dikenali melalui single " Jalan Pulang".

Kini, Sabhi Saddi tengah sibuk mempromosikan single barunya NADIKU dan GEMERLAPAN. Genre lagu Sabhi ni sebebnarnya lebih kepada R&B....dan suaranya pun sedap dan mantap esuai dengan genre yang dibawanya. He got the type of voice that i like! Walaupun sangat baru lagi dalam indutri musik tanahair...tapi dari segi suara serta vokal memang cukup memukau! I really hope he will go far in this industry!
Go Sabhi Saddi.............Caiyok!!!

P/S: Kalo tak silap saya...dulu Sabhi Saddi menggelar diri sebagai Boy...

Selasa, 8 Jun 2010

Mimpi Gigi Dicabut!

08th June 2010--> Pagi ini saya bangun agak awal dalam pukul 6.45am! Masa terjaga tu saya sudah mula rasa tak sedap hati. Tanpa menghiraukan perasaan, saya terus mandi dan bersiap untuk ke kolej. Masa menunggu ketibaan bas kolej, tiba-tiba saya teringat pasal mimpi saya semalam! Hati mula rasa tak sedap hati lagi. Then, saya pun tanyala kawan-kawan saya apa maksud mimpi itu.....dan jawapan yang diberi sangat membimbangkan! Bertambahla mood tak baik saya hari ini!!

Mesti korang nak tahu mimpi tu apa kan??
Actually saya bermimpi gigi taring atas saya dicabut. Tapi dalam mimpi tu saya tak ingat siapa yang mencabutnya dan kenapa ianya dicabut. Tapi apa yang jelas gigi saya dicabut...betul2 dicabut! Bila saya bertanya pada kawan2 saya....mereka mengatakan ini adalah petanda musibah bakal berlaku! OMG! Betul ke???

Oleh kerana terlalu khuatir dan terlalu banyak persoalan timbul di benak fikiran.....saya tidak dapat berdiam diri macam itu saja. Saya pun mula la membuka laptop kesayangan saya dan mencari maklumat berkenaan dengan mimpi tersebut. Waduh!! Hasilnya memang sangat ngeri!

Menurut petikan dari sebuah satu laman web (http://www.seuramoe.com/dream.html).............

  • menurut Islam:
    • Gigi: adapun gigi maknanya adalah keluarga rumah tangga lelaki. Maka gigi sebelah atas adalah keluarganya yang lelaki dan sebelah bawah keluarga yang perempuan.
    • Gigi yang goyang: jika sebahagian gigi goyang, menunjukkan ada yang akan berpenyakit. Gigi yang jatuh dan hilang menunjukkan kematian atau hilang buat selama-lamanya.
  • menurut Barat:
    • Gigi: hubungan tidak menyenangkan dengan penyakit atau orang yang membingungkan.
    • Gigi yang goyang: kegagalan dan khabar buruk.
    • Gigi yang hilang: kemalangan dengan tiba-tiba.

Daripada penjelasan tentang perbezaan tafsiran Islam dan Barat tentang mimpi....dua2 menunjukkan tafsiran yang tersangat negatif!! Dan seperti yang diberitahu rakan2 saya....mimpi gigi tercabut atau dicabut memberi petanda salah seorang yang terdekat akan meninggal!! Lebih2 lagi ada seorang teman memberitahu bahawa dia pernah mengalami mimpi yang sama dan seminggu kemudian seseorang dari ahli keluarga terdekatnya meninggal! Serammmmmm............!

Now...I'm trying to think positive!! Yeah...that's what I should do from the beginning!
Orang kata mimpi tu kadang-kadang boleh jadi realiti....kadang-kadang cuma mainan tidur semata-mata! Saya percaya apa yang bakal berlaku hanya ditentukan oleh Tuhan dan bukan ditentukan oleh mimpi kita.
BE POSITIVE Zino Zegna!

Khamis, 3 Jun 2010

Kata TIDAK pada Buang Bayi!!

Aduhai......saya agak terkilan dan rasa kecewa akhir-akhir ini! Bukan kecewa sebab putus cinta....tapi kecewa dengan kes buang bayi yang semakin hari semakin menjadi-jadi ala2 satu trend baru di Malaysia ini. Agak terkejut juga bila mendapat tahu statistik baru-baru ini bahawa di Malaysia, sebanyak 2 bayi luar nikah dilahirkan setiap jam!! Parah tak?! Saya tertanya-tanya juga kenapa kita boleh menjadi seteruk ini? Adakah disebabkan golongan-golongan ini terdiri daripada orang-orang yang tidak berpendidikan dan kurang ajaran agama?? Adakah kita perlu menuding jari kepada ibu bapa mereka kerana tidak pandai mendidik?? Ataupun golongan-golongan ini memang dilahirkan dengan perasaan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam?? Wah...banyak sungguh persoalan yang tidak terjawab ni...

Oleh sebab begitu banyak persoalan yang sukar dijawab....saya rasa pencegahan adalah cara terbaik untuk mengatasi kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini!
Bagaimana caranya??!!

INTRODUCING...................................................

LEVONELLE!


Levonelle adalah salah satu ubat contraceptive yang agak istimewa di pasaran. Ia lebih dikenali sebagai emergency contraceptive. Bagi pasangan yang terlanjur dan terlupa mengenakan protection yang sepatutnya...jangan risau! Masih ada masa! Sebaik saja melakukan aktiviti terlarang tu...pasangan perempuan boleh mencegah daripada terhamil dengan memakan ubat ini. Tetapi perlu la diingatkan....jangka masa yang efektif adalah dalam 12 sehingga 72 jam sahaja!! Lebih daripda 72 jam....anda tanggungla sendiri. Makan ubat ini pun dah tak guna! Mungkin ramai yang tertanya adakah cara ini halal? Ingat! Ini bukan satu teknik pengguguran anak. Menurut clinical study...ia bertindak untuk mengelak sperma bergabung dengan ovum! dengan ini proses penghasilan zygote tidak akan terjadi.

Untuk keterangan lanjut....sila layari http://www.levonelle.co.uk.
Selamat mencuba!

Isnin, 31 Mei 2010

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!!

30th & 31th May-Tadau Kaamatan@Pesta Menuai!!! Siapa orang Sabah yang tak tahu pasal perayaan ni memang amat menyedihkanlah!!! Yelah...perayaan zaman-berzaman....budak tadika pun tahu k...!! Hehehe.....

Memandangkan saya adalah salah seorang anak jati Sabah yang sekarang duduk di semenanjung Malaysia...biarlah saya bercerita sedikit tentang perayaan yang sangat dibanggakan dan meriah sekali di Sabah. Tadau Kaamatan merupakan perayaan suku kaum Kadazan-Dusun yang merupakan salah satu kaum terbesar di Sabah. Perayaan ini berlangsung setiap tahun pada 30hb dan 31hb Mei. Pesta ini diadakan bagi tujuan merayakan semangat padi atau lebih dikenali sebagai "Bambazon" dan dirayakan selepas musim menuai sebagai tanda kesyukuran.

Antara acara yang menarik sempena pesta ini adalah pertandingan ratu cantik atau "unduk ngadau", pertunjukkan bina badan, tarian Sumazau, acara menumbuk padi beramai-ramai dan persembahan kesenian dan kraftangan. Selain itu, hidangan popular juga turut menjadi tarikan pesta ini. Misalnya "Tapai" iaitu sejenis minuman atau arak tradisional kaum ini. Ianya diperbuat dari beras atau ubi kayu yang diperam dalam sebuah tempayan besar bercampur dengan ragi. Rasanya sedapppp...tapi minum banyak boleh buat korang tingtong@senggugut! Hahaha....

So, bagi semua kawan2 ku yang berasal dari Sabah terutamanya yang berbangsa Kadazan-Dusun...KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN kio......tahun ni melepas la saya nak celebrate kat kampung tersayangku...huhu :(

Tarian Sumazau

Pertandingan Unduk Ngadau

Kemeriahan Pesta menuai

Acara minum Tapai

Selasa, 18 Mei 2010

HELLO Ryan Cabrera!


Pada pertengahan tahun 2000, ramai penyanyi muda yang bersaing sengit untuk menduduki carta teratas dalam industri musik. Sebilangan daripada mereka hanya bergantung pada produksi studio...namun ada sebilangan daripada mereka memang dilahirkan sebagai pemusik...sehingga boleh mencipta nama, lagu dan musik dengan bakat sendiri. Salah seorang daripada mereka ini adalah Ryan Cabrera! Mesti ramai lagi yang masih belum mengenali pemusik pop Amerika ni. Saya mula mengenali beliau melalui lagu hit pertamanya iaitu "40 kind of sadness". Setelah mendengarnya di radio...saya mula tertarik dengan genre musiknya dan seterusnya meminatinya sehinggala hari ini!

"I sometimes feel I can move mountains with my musics" - Ryan Cabrera

Dilahirkan pada July 18, 1982 di Dallas, Texas...Ryan berasal dari keluarga yang tidak mempunyai latar belakang seni musik langsung. "I started playing guitar kind of by accident.." Ryan memulakan cerita tentang perjalanan seni musiknya. Semasa berada di rumah temannya semasa zaman persekolahan dulu, dia terjumpa buku bit gitar. Keinginannya untuk mencuba rupanya telah membantu dia mengenali bakatnya sendiri.

Ryan pernah menubuhkan sebuah punk band sendiri yang dinamakan Caine. "The music was just as bad as our name was.." Ryan hampir berputus asa dan mengatakan yang dia bukanla seorang penyanyi terlatih dan penubuhan kumpulan itu adalah satu kesilapan besar. Satu hari, Ryan seolah-olah mendapat satu ilham dan semangat terhadap musiknya setelah mendengar musik Dave Matthews Band. Dia terpesona dengan gaya mainan gitar Matthew dan menganggap beliau sebagai penyanyi serta penulis lagu yang segar dan berbakat. Akhirnya, Ryan Cabrera memutuskan bahawa musik bukanla setakat hobi dia semata-mata lagi..."I said okay, this is going to be my life now. I have to start playing this music!"


Bermula dari album Elm Street (2001) diikuti Take It All Away (2004), You Stand Watching (2005) dan The Moon Under Water (2008)...Ryan Cabrera telah banyak meraih kedudukan carta teratas dalam industri muzik antarabangsa. Album Take It All Away telah berjaya menembusi jualan sehingga Double Platinum. Antara lagu single dia yang hit di carta termasukla I Will, On The Way Down, True, 40 Kind of Sadness, Shine On, Photo, Say dan Enemies. Namun, apa yang mebuat saya lebih tertarik kepada dia ini adalah genre musik yang dibawanya dan juga kerana hampir kesemua lagu daripada albumnya adalah hasil tulisan dan ciptaan dia sendiri. Saya memang suka jenis penyanyi sebegini! Hehehe...

P/s: Baru-baru ini saya ternampak Ryan dalam Youtube dah berambut panjang ala2 Kurt Cobain gtew....mana perginya trademark Ryan yang berambut bleach-blonde dan spiky tu??? Hehehe...

Isnin, 17 Mei 2010

Apa kata NASA pasal 2012??


Akhir-akhir ni bila saya online atau baca suratkhabar ataupun tengok berita....macam-macam kejadian aneh makin kerap berlaku! Sebagai contoh kejadian letupan gunung berapi di Iceland pada 17 April lalu yang menyebabkan asap tebal yg dahsyat menutupi hampir keseluruhan Eropah! Bagi yang tahu serba sedikit tentang agama...asap merupakan salah satu daripada 10 petanda-petanda hari kiamat! Bukan itu saja....banyak lagi tanda-tanda lain yang sering mempengaruhi kepercayaan kita terhadap kebenaran 2012...misalnya gempa bumi..Tsunami...wabak H1N1........kalo nak disenaraikan memang banyakla!!!!
Ingat lagi tak kita pasal isu Y2K??? Masa tu bermacam-macam ramalan yang kita dengar pasal Y2K...hampir huru hara satu dunia pasal isu tu. Tapi...tengokla apa berlaku masa itu? Takde ape pun yang berlaku! So, bagaimana plak dengan ramalan kali ni????
Demi menjelaskan ramalan ini dengan lebih logik dan masuk akal.....NASA telah memberi sedikit ulasan tentang persoalan berkaitan dengan ramalan 2012 ini......antaranya:

Question (Q): Are there any threats to the Earth in 2012? Many Internet websites say the world will end in December 2012.
Answer (A): Nothing bad will happen to the Earth in 2012. Our planet has been getting along just fine for more than 4 billion years, and credible scientists worldwide know of no threat associated with 2012.

Q: What is the origin of the prediction that the world will end in 2012?
A: The story started with claims
that Nibiru, a supposed planet discovered by the Sumerians, is headed toward Earth. This catastrophe was initially predicted for May 2003, but when nothing happened the doomsday date was moved forward to December 2012. Then these two fables were linked to the end of one of the cycles in the ancient Mayan calendar at the winter solstice in 2012 -- hence the predicted doomsday date of December 21, 2012.

Q: Does the Mayan calendar end in December 2012?
A: Just as the calendar you have on your kitchen wall does not cease to exist after December 31, the Mayan calendar does not cease to exist on December 21, 2012. This date is the end of the Mayan long-count period but then -- just as your calendar begins again on January 1 -- another long-count period begins for the Mayan calendar.

Q: Could a phenomena occur where planets align in a way that impacts Earth?
A: There are no planetary alignments in the next few
decades, Earth will not cross the galactic plane in 2012, and even if these alignments were to occur, their effects on the Earth would be negligible. Each December the Earth and sun align with the approximate center of the Milky Way Galaxy but that is an annual event of no consequence.

Q: Is there a planet or brown dwarf called Nibiru or Planet X or Eris that is approaching the Earth and threatening our planet with widespread destruction?
A: Nibiru and other stories about wayward planets are an Internet hoax. There is no factual basis for these claims. If Nibiru or Planet X were real and headed for an encounter with the Earth in 2012, astronomers would have been tracking it for at least the past decade, and it would be visible by now to the naked eye. Obviously, it does not exist. Eris is real, but it is a dwarf planet similar to Pluto that will remain in the outer solar system; the closest it can come to Earth is about 4 billion miles.

Q: Is the Earth in danger of being hit by a meteor in 2012?
A: The Earth has always been subject to impacts by comets and asteroids, although big hits are very rare. The last big impact was 65 million years ago, and that led to the extinction of the dinosaurs. Today NASA astronomers are carrying out a survey called the Spaceguard Survey to find any large near-Earth asteroids long before they hit. We have already determined that there are no threatening asteroids as large as the one that killed the dinosaurs. All this work is done openly with the discoveries posted every day on the NASA NEO Program Office website, so you can see for yourself that nothing is predicted to hit in 2012.

Q: Is there a danger from giant solar storms predicted for 2012?
A: Solar activity has a regular cycle, with peaks approximately every 11 years. Near these activity peaks, solar flares can cause some interruption of satellite communications, although engineers are learning how to build electronics that are protected against most solar storms. But there is no special risk associated with 2012. The next solar maximum will occur in the 2012-2014 time frame and is predicted to be an average solar cycle, no different than previous cycles throughout history.


Di atas adala beberapa persoalan lazim serta jawapan yang diberikan oleh NASA tentang ramalan 2012. Namun, seperti biasa, kita tak seharusnya menerima bulat2 jawapan tersebut kerana banyak hal yang NASA itu sendiri tidak dapat terangkan secara logikal dan saintifik! Kita kena ingat....dunia kita ini bukan bergantung dengan fakta sains semata-mata! Kita punya kepercayaan serta agama masing-masing. Dengan berlandaskan kepercayaan itulah kita boleh menentukan arah tuju hidup kita dan membolehkan kita membezakan yang baik dan buruk! Beringatlah....kiamat bukan ditentukan oleh ramalan manusia tapi Tuhan yang akan menentukan ia....maybe esok lusa, tahun depan atau 2020 kiamat akan terjadi...tidak semestinya tahun 2012!!!!!

Jumaat, 7 Mei 2010

SeLamat JalaN KawanKu yang Hijau!

1hb May 2010- Malam terakhir bersama dengan Isma...huhu. Rasa sangat pilu plak bila nak melepaskan seseorang tu pergi jauh dari kita...lebih2 lagi orang yang kita sayang. Tiba2 terlintas plak di fikiran ni....baru sedar betapa pentingnya kawan tu. Lebih penting dari segala-galanya. Ade boifren ke...or girlfren ke....tak boleh mengatasi rasa sayang kawan tu k. Contoh terbaik adalah malam hijau ini. Walau dalam gambar nampak ceria tapi sebenarnya malam ni adalah malam emosional k! Dapat juga tengok kawan kitorang ni mengeluarkan airmata sebelum berangkat ke Bintulu pada 2hb May 2010 untuk selama-lamanya ( harap dia datang juga melawat kitorg kat sini satu hari nnt ;p)

Sini...saya ada la jugak upload beberapa pic best yang diambil dari kamera kawan2 malam tu....tinggalah kenangan terindah! :)


Ni Isma yang tengah menangis! Hehe..


Sesi terakhir photo shooting!


"Leaving on a Jet Plane" khas utk Isma


Acara makan2 dan potong kek bersama Isma.