Isnin, 18 Januari 2010

Papan Yang Boleh Bercakap??

Mesti korang pelik dengan tajuk post ni kan?? Papan yang boleh bercakap-cakap? Apa tu??! Hahaha.....ok...let me explain...gtew..

"Papan bercakap"....atau dalam bahasa English "talking board" sebenarnya merujuk kepada papan Ouija atau Ouija Board! Pernah dengar tak?? Actually semalam time lepak2 ngan kawan2 kat kedai mamak di Cheras.....kitorang adalah bercerita tentang movie "Paranormal Activity" yang agak TOP kat cinema sekarang ni. Dalam cerita tu, kitorang sempatla menyentuh sedikit pasal Ouija board ni. Well, some of us tertanya2 sama ada betul atau tidak game ni berkaitan langsung dengan aktiviti paranormal atau pun hanya sekadar permainan semata-mata??
So....untuk mendapatkan jawapan tu, sy pun mencadangkan la kat semua untuk bermain Ouija board time camping kat Sg. Congkak hujung bulan ni.

"NO......!! Jangan main2 dengan benda ni k......silap2 nanti leh dirasuk Jin hutan!!!" So...cadangan kena reject bulat2!

After balik hostel pagi tadi...sy sempatla buat sedikit research pasal background and history benda ni kat internet (gigih yew....haha...sy kan mmg minat benda2 seram dan pelik). Nothing much extraordinary about the game actually.....apa yang sy faham Ouija board actually bermula di England seawal tahun 1854. Mereka percaya Ouija merupakan satu medium untuk berinteraksi antara dunia yang hidup dan yang mati...atau secara ringkasnya medium untuk berkomunikasi dengan roh, setan atau iblis.

Banyak pandangan dan pendapat tentang kesahihan bahawa Ouija board berkait rapat dangan devil or satan activities. Segilintir pengkaji mengatakan pergerakkan yang dihasilkan pada papan Ouija merupakan tindakan tidak sedar atau dalam bahasa English "unsconcious mind" movement. Tapi dari sudut pandangan agama adalah sebaliknya. Ada yang mengatakan papan Ouija merupakan ciptaan Setan untuk menyesat umat manusia.
Persoalannya....fakta yang mana satu yang korang percaya? Beranikah korang cuba bermain dengan Ouija board??? Hurmmm......bagi sy, rasa ingin tahu tu memang sangat kuat...but untuk ambil risiko tidak sekali ye!!! Haha...korang pula macam mana?

Sabtu, 16 Januari 2010

[SPOILER ALERT] My Review : Ju-On White Ghost & Black Ghost VS Case 39

Aduhai.....memang penat gila semalam keluar berjalan2 di Alamanda Putrajaya dengan roommate gtew. Bayangkan la bangun seawal pukul 7 pagi semata2 ke kolej nak ambil result semester lepas...tapi hampa! Kena tunda la pula ke minggu depan baru boleh dapat! Choi...

Dengan penuh tensen, kitorg pun bercadang nak gi release tensen kat Alamanda Putrajaya. So gerak dari hostel lebih kurang pukul 11 pagi tu.....dan sesampai sana je terus bercadang nak tengok wayang marathon gtew...so I pun decided tengok cerita Case 39 yang bermula pukul 4.40pm dan Ju-on pukul 9.10pm. Jadi, saya ingin memberi sedikit pandangan saya terhadap dua2 movies ni...maybe pandangan saya tak sama macam yang lain...depends la pada setiap individu kan? But as a fans of horror movies...so inilah pandangan saya...hehe

Ju-On White Ghost & Black Ghost :
At first, saya tertanya2 ada apa dengan cerita ini? Setahu saya, cerita ini sudah tamat...kenapa still ada Ju-On lagi? Oleh itu, disebabkan penuh curiosity, saya pun tengoklah!
Aduh, permulaan cerita memang sangat menakutkan. Di awal penceritaan menampilkan cerita tentang
"White ghost".....cerita pasal seorang mahasiswa universiti membunuh seluruh ahli keluarganya...lalu akhirnya membunuh diri dengan menggantungkan dirinya dia sebuah pokok!
Sebelum membunuh diri tu dia sempat merakam suaranya yang berkata "Saya datang...saya datang segera!" Lalu ada plak bunyi pompuan menjawab......Seram tak??!
Memamng seram juga tengok hantu putih ni...tapi kelakar pun ada! Haha....ada tak hantu yang suka bawa bola keranjang?? Tak pernah dengar lagi...tapi memang sangat unik.
Lepas tu pasal "Black Ghost" plak.....cerita tentang sumpahan bayi yang tidak dilahirkan! bayi itu actually terkurung dalam badan seorang budak (yang merupakan kembar budak itu)..dan oleh itu dengan penuh dendam menyalahkan mak dia sebab tidak melahirkan dia. Oleh itu, dia mula membunuh semua orang yang mempunyai ikatan atau berdekatan dengan budak itu. Tapi hantu ini tak la menakutkan sangat....very the hitam ja! haha...
Namun begitu, rasanya cerita Ju-On kali ini agak kurang sikit berbanding yang dulu2 punya.
Apa tidaknya...plot cerita kali ini amat memeningkan....dan cara suspen hantu itu boleh di predict.. sempat lagi saya terdengar orang sebelah tertanya2 bila nak tamat citer tu! Haha~ So I bagila 3 bintang ja kat cerita ni. But actually bagi pengikut cerita Ju-On sebelum ni kena juga tengok cerita ini sebab ada kaitan dengan yang sebelum ini....scene last tu actually akan bgtau kita macam mana Ju-On ni boleh wujud dan bermula! hehehe....tengok jgn tak tengok...!

Case 39:
Ha!! Cerita ini saya bagi 4 bintang setengah k!! memang best gila...dan amat menyeramkan! Cerita
ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang di adopted oleh seorang pekerja sosial dari Jabatan Kanak-kanak selepas diselamatkan dari kes penderaan oleh ibu bapanya. Ibu bapanya yang sedang ingin membunuh budak perempuan itu dengan membakarnya di ketuhar berjaya diselamatkan oleh pekerja itu (Renee Zelweger) dan akhirnya mengambil keputusan untuk menjaga budak itu sementara menunggu keluarga angkat yang lain. Namun keputusan yang diambil itu mengundang tragedi yang amat lah azab dan menyeramkan.....bahawa budak perempuan itu rupa-rupanya jelmaan syaitan! Akhirnya Renee yang pula berusaha untuk membunuh budak perempuan itu...namun semuanya bukan mudah seperti yang disangkakan! Huhuhu...memang terjerit2 orang kat panggung sepanjang cerita itu. Plot memang very easy to follow dan tidak la terlalu melalut macam Ju-On tu...hehe.

Thus, the winner of the marathon movies goes to.........CASE 39!! Hehehehe.. SELAMAT MENONTON SEMUA.

***Next happening horror films must-watch are LEGION, NIYANG RAPIK & HAUNTED UNIVERSITY!

Selasa, 12 Januari 2010

Anugerah Juara Lagu Ke-24 [ AJL24]


Wah...ini dah kali keempat berturut2 saya menghadiri AJL yang diadakan di stadium Bukit Jalil, KL. Menemani saya malam itu adalah Along (si sponsor tiket..hehe), Ashruf dan Afiq. Namun begitu, kali ini sambutan amat memeranjatkan dari yang sebelum ni....apa tidaknya....sampai sesak nafas saya berebut dgn penonton2 yang lain utk masuk ke stadium itu. Nasib baikla tak jatuh pengsan disebabkan kekurangan oksigen malam itu! Pada pandangan saya, ini mungkin disebabkan oleh calon2 pertandingan kali ini mostly adalah berlatarbelakangkan konsep Indie yang menjadi trend orang ramai zaman skrg, contohnya Yuna, Estranged, Hujan dan Bunkface. Bukan itu saja, lagu2 yang dipertandingkan kali ini pun sangat mengujakan dan diminati ramai....tidak kurang juga calon2 dari realiti tv seperti Stacy AF, Akim AF, Hafiz AF, Aizat AF, Tomok OIAM, dan Black Mentor (Vocal Terbaik) ....dan the only artis senior dalam AJL kali ini Misha Omar.


Acara dimulakan dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza dan Lan MUH membawakan lagu 'Lagu Untukmu'. Hurm....bagi sy persembahan agak biasa2 je....dan suara Datuk Siti agak tenggelam timbul bila masuk part duet bersama Lan. Just like I'm expected.....Siti mmg best but vocally not my preference....hehe...

Dalam semua 14 lagu yang dipertandingkan..... paling memberi kejutan pd sy adalah Bunkface dan juga Yuna. Bunkface yang sy sangkakan sebelum ni slalu 'pancit' dan 'out' bila buat live show cukup memeranjatkan bila mereka membuat satu kelainan dr segi corak persembahan mereka. Kehadiran penari dari kalangan budak2 kecil sungguh menarik perhatian sy pada masa itu....lebih2 lagi lagu "Situasi" adala salah satu lagu yang paling sy minat dlm kumpulan ini.
Kelunakan suara Yuna yg sangat original pula sangat memukau jiwa...terutamanya part dia memanggil 'oh Bulan...oh bulan' tu....hehe.


Persembahan Aizat 'Kau dan Aku' juga tidak kurang hebatnya dan lagu "Pergi" pula berjaya membuat org senyap dan sepi sebentar mendengar dia menyanyi dengan penuh emosi dan perasaan. Lagu yang ditujukan khas utk allahyarham YAsmin Ahmad ini berjaya menambat hati juri2 sekaligus membuatkan lagu in menjadi juara lagu AJL kali ini. Lagu 'Kau dan Aku' bagi sy vocally amat biasa namun sy suka tgk cara penyampaian lagu itu ala2 drama musikal 'High School Musical' versi budak sekolah Malaysia! hehe....tak heran la dia bleh menang persembahan terbaik malam itu...


Antara lain lagu yang bagi sy yg memberi saingan hebat adala "Bencinta" Faizal Tahir yg ala2 Lady Gaga....the very Britney Spear, Stacy "Pakai Buang" dan juga the vampire show of Akim 'Bengang'!

Walaupun malam itu ada sedikit kerosakan teknikal disebabkan 'blackout' pada masa persembahan Jay Jay, namun ahli TV3 memang cekap menangani masalah tersebut....Well Done! ;)

Pertandingan berakhir lebih kurang pukul 12 malam.

Sebagai kesimpulannya, saya agak berpuas hati dengan keputusan juri pada malam itu. Previously timbul juga persoalan mengapa juri2 kali ini memilih calon yg hampir kesemuanya still "freshie" gtew...but now i realize why.....mereka mau melihat suatu kelainan dalam AJL kali ini...and it really pay off!!
Tahniah buat semua pemenang...especially to Faizal Tahir yang berjaya melakukan persembahan yang 'WOW' walaupun tengah sakit dan tempang ketika itu!! Tak sabar pula menanti the next AJL25...hehe ;)


Jumaat, 8 Januari 2010

T Pyxidis: Bakal mengHancurkan Bumi?!?

Pernah tak korang dengar pasal T Pyxidis?? Mesti korang tertanya2 apa tu T Pyxidis kan?? Ia bukan binatang, nama jenama ataupun nama tempat ye....Actually, T Pyxidis tu adalah nama sebuah bintang dia luar angkasa.....jaraknya dari bumi adalah 3260 tahun cahaya (iaitu lebih dekat dari jangkaan pakar astronomi dunia sebelum ini)!!

Namun, apa yang lebih menakutkan adalah bintang ini umpama 'time-bomb'!! Ia adalah sebuah bintang yang mengandungi berbilion bilion bilion tan bahan letupan....dan jika ia meletup......kesan radiasinya mampu memusnahkan lapisan ozon bumi yang melindungi bumi dari matahari.....dan ini akan mengakibatkan bumi menjadi rentung. [ Remember: Janji Tuhan kepada Nabi Nuh bahawa kiamat kali kedua bukannya air bah lagi...tapi adalah api pemusnah!]

Untuk pengetahuan korang, beberapa siri letupan (Nova) telah berjaya dirakam sebelum ni...kali pertama adalah pada May 1902, kemudian sekali lagi pada 1920 dan 1944....dan yang kali terakhir adalah pada November 1966. Menurut kajian, pola siri letupan adalah setiap 20 tahun. Namun 1966 adalah kali terakhir letupan itu berlaku....dan sehingga kini sudah lebih daripada 4o tahun tertangguh. jadi, persoalan di sini...bilakah letupan seterusnya ini akan berlaku? Even pakar astronomi pun tidak dapat menjangkakan waktu sebenar letupan akan berlaku lagi....maybe esok, lusa, next week, tahun depan......or maybe 2012???!!!??

Dan beringatlah...disebabkan penangguhan letupan oleh bintang ini....T Pyxidis menjadi semakin besar dan besar......dan seharusnya kita dapat bayangkan betapa besar dan hebatnya letupan dan kesannya bakal terjadi nanti!!!!



Ahad, 13 Disember 2009

Hari tu di Port Dickson, Negeri 9

Kebetulan time tu memang tensen gila sebab tak dapat jawab exam....so plan last minute nak release tensen kat Port Dickson ni.... (at the same time nak return kereta kat Afiq punya pak cik).. so kitorng pun menumpang la nak scanning di pantai yang dulunya indah but now tak berapa indah!

Sesampai je kat Port Dickson...kitorg sempat lagi singgah kat sebuah gerai tepi jalan menikmati ABC dan cendol....ade orang yang mengidam kekdahnya...hehe...


Akhirnya kitorg pun sampai la kat pantai Port Dickson tu dalam pukul 4pm lebih kowt...punya la ramai org...scanning best!!! Apa lagi Baby ngan Paan terus ganti baju xtak sabar2 nak mandi manda....me, afiq & shah bertekad tak nak mandi...sebab takut kena 'sunburn'...biasala jaga kecantikan kulit kan...haha :)

So...sambil2 scanning2 tu..kitorg sempat la gak pose2 jadi model ala2 utk majalah cuti2 Malaysia...haha....Enjoyy!!






Jumaat, 23 Oktober 2009

Top 20 Best Vocalist!

Hello semua......ada update panas!!
Baru-baru ini Cove Magazine telah mengumumkan carta Top 100 vocalist sedunia berdasarkan bakat kebolehan vokal, range vokal dan juga keharmonian vokal seseorang penyanyi itu. Kebolehan vokal mereka juga diambil kira melalui konsert2 persembahan secara langsung dan juga dari segi persembahan acapella mereka. Jumlah markah +50.

1. Christina Aguilera (+50) -perfect score!
2. Mariah Carey (+49.7)
3. Michael Jackson (+49.5)
4. Celine Dion (+49.2)
5. Johnny Gill (+48.6)
6. Whitney Houston (+48.5)
7. Beyonce (+48.0)
8. Alicia Keys (+47)
9. Avril Lavigne (+44.1)
10. Usher (+44)
11. Dixie Chicks (+42)
12. Amerie (+39.8 )
13. Enrique Iglesias (+39.5)
14. Mary J. Blige (+39.4)
15. Clay Aiken (+39.3)
16. Le Ann Rime (+37)
17. Alanis morissette (+35)
18. Faith Hill (+34.4)
19. Pink (+34.2)
20. Dru Hill. (quintet) (+31)

Namun begitu, I sangatla x setuju dengan pemberian markah ini..dan saya rasa Christina tidak layak berada di tempat yang pertama...apakah yang membuatkan Christina jauh lebih baik daripada Mariah Carey or Whitney Houston???! Hurmmm.....Apa pula Komen anda semua??


Untuk melihat senarai penuh Top 100 Vocalist ini..sila layari http://prince.org/msg/8/54733


Rabu, 21 Oktober 2009

2012 Dunia Berakhir??!

2012 akhir zaman dunia sudah bermula.......percaya atau tidak?? Itu persoalannya....pernah satu hari itu I pergi tengok wayang bersama rakan2, tiba-tiba keluar satu trailer pasal sebuah movie yang bakal ditayangkan di pawagam pada 12hb November 2009 yang bertajuk 2012 Doomsday. Menurut trailer tu, movie ini dibuat berdasarkan ramalan sebenar puak Mayan yang menyatakan dunia akan kiamat pada 31 December 2012! Sejauh manakah ramalan ini benar? Bagaimanakah mereka meramalnya? Sampai ke hari ini I still tertanya2....apakah sebenarnya akan berlaku pada seluruh umat manusia dan juga dunia ini pada tarikh tersebut? So...I pun buatla sedikit research from the internet tentang ramalan ini dan hasilnya sungguh menakutkan.....


Apakah benar bumi akan hancur pada tahun 2012?
Menurut kajian NASA yang melancarkan Infared Astronomical Satellite (IRAS) buat pertama kalinya pada 26 January 1983, mereka telah menemui sebuah planet yang dipercayai planet ke-10 galaksi ini...yang lalu dinamakan Planet-X. Planet ini dikatakan mengorbit matahari setiap 3600 tahun, dan jarak ia dari bumi ketika itu adalah 50 batu million jauhnya. Namun, pada tahun 2004, planet itu dikatakan berjarak 7 batu million...dan ia semakin menghampiri bumi! Bukti kewujudan Planet-X telah diambil di Japan pada 28 february 2008...dan yang menggerunkan...planet itu dikatakan akan bertemu dengan bumi pada 2012! Kita akan melihat Planet-X akan kelihatan sebagai 2 buah matahari di langit pada sekitar 2011.....menakutkan x??!

Namun begitu, ada juga sesetengah kajian mengatakan 2012 bukanlah hari kiamat dunia...namun mereka percaya bahawa sesuatu yang besar akan berlaku dan kesannya akan dirasai seluruh dunia...macam2 ramalan dikemukakan namun yang paling besar kemungkinannya adalah kemungkinan badai matahari akan menimpa bumi!

Kitab suci kristian ada mengatakan bahawa kiamat akan berlaku...namun selepas kisah Nabi Nuh, Tuhan telah berjanji bahawa tiada lagi kiamat air bah namun dunia akan mengalami kiamat badai api......jadi, adakah ini benar2 akan berlaku pada tahun 2012? seram sejuk jadinya......huhuhu!

Walau bagaimanapun, jangan lupa menyaksikan 2012 Doomsday pada 12 November 2009 ye...maybe lepas tengok cerita tu baru la kita akan mendapat lebih banyak informasi pasal kebenaran ramalan ini lalu menjadi bara api semangat untuk kita mula berfikir tentang maksud TOBAT!! Hahaha.Font size.....