Rabu, 26 November 2008

Idolaku Pujaanku JACLYN VICTOR


Kalau nak tahu siapa artist idola I, sudah tentula Jaclyn Victor!
Jaclyn merupakan artis Malaysia pertama yang berjaya memukau perhatian dan minat Zino terhadap industri musik tanahair. Sejak mengenali Jaclyn Victor buat pertama kalinya di Malaysian Idol 1, I sentiasa mengikuti perkembangan Jaclyn di kaca TV dan media. Bulu roma nibisa saja meremang setiap kali mendengar kemantapan suaranya menyanyi di setiap persembahan. Bagi I Jaclyn Victor punya keunikan tersendiri bukan saja dari segi vokalnya, tapi juga dari segi personalitinya yang sangat peramah dan 'very-down-to-earth' person.

Jaclyn Victor, Jac atau nama penuhnya Jaclyn d/o Joshua Thanaraj Victor sudah pun berumur 29 tahun dan dilahirkan di Kepong pada 4 Disember 1978. Jaclyn Victor merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik. Pada umur 9 tahun, ayahnya meninggal dunia. Oleh itu ibunya terpaksa bekerja keras untuk menyara keempat-empat adik beradiknya. Pada usia 18 tahun, Jaclyn terpaksa bekerja di kelab dan hotel untuk membantu masalah kewangan yang membebani keluarganya.

Jaclyn belajar menyanyi bersama rakannya Ravi the Rat dan menghasilkan sebuah album bersama berjudul Dream. Pengalaman inila yang membuat Jaclyn matang dari segi vokal dan pengalaman.

Antara pencapaian Jaclyn Victor:
- Juara Malaysian Idol yang pertama pada tahun 2004 sekaligus menjadi pemula langkah Jaclyn dalam industri muzik tanahair.
-Lagu Gemilang menjadi juara Carta Hits dan Jaclyn memenangi kategori persembahan terbaik pada 2005
-Memenangi anugerah emas di Shanghai Musik Festival 2005
-Juara Anugerah Juara Lagu ke-20 ( AJL20 )
-dinobatkan sebagai penyanyi wanita terbaik di Anugerah Planet Musik 2006 di Singapura.
-Memenangi empat kategori serentak pada Anugerah Industri Muzik 13 ( AIM13) iaitu Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik dalam lagu dan Album Terbaik kesemuanya menerusi album pertamanya Gemilang.
-Juara Ikon Malaysia 2007 dan seterusnya menjadi wakil artis Malaysia pertama dalam pertandingan Ikon Asean 2007.
-Artist tanahair pertama mewakili ke pertandingan Asian Idol 2007.


Bayangkan dalam kemunculan Jaclyn Victor yang begitu singkat sahaja sudah berjaya mencapai sehingga ke tahap ini! Disebabkan kemunculan Jaclyn Victor lah Malaysia mula dikenali dan disegani oleh industri-industri muzik luar negara.
Seringkali juga kita mendengar di corong media dan internet berkaitan dengan penerimaan Jaclyn di mata dunia terutamanya negara Filipina yang selama ini asyik membanggakan kehebatan industri seni suara di negara mereka. Ada yang memperakui kehebatan vokal Jaclyn..namun ada juga yang mempertikaikannya.

Tapi persoalannya di sini, sejauh manakah rakyat Malaysia dapat menerima kewujudan Jaclyn Victor. Bukan mudah untuk semua dapat menerima suara baru dan kontemporari ataupun urban di negara kita ini.
Tapi apa pun, Zino ucapkan hanya yang terbaik kepada idola Zino ini dan berharap Jaclyn Victor sentiasa maju ke hadapan dan terus dikenali dan diiktiraf di seluruh dunia! GEMILANG!

Tiada ulasan: