KAWAN?! Apa maksud kawan? Bila kita tanya kat orang, mesti dengan mudah mereka menjawab kawan adalah seorang insan yang sentiasa sudi berkongsi masalah, suka dan duka bersama. Kawan juga akan sentiasa menyokong anda dalam apa jua keadaan dan akan melindungi kita bila kita dianiayai dan dilukai.
Adakah anda mempunyai kawan?? Wah, sudah tentu kita menjawab "Harusla..i ada ramai kawan. Dia kawan i, u kawan i, i kawan u..". Namun kejadian yang berlaku pada Zino semalam telah membuka mata Zino seluas-luasnya. Zino sangka Zino mempunyai ramai kawan, namun sangkaan Zino ternyata sangat jauh meleset!
Salah seorang yang Zino anggap sebagai seorang kawan baik Zino akhirnya bertukar menjadi musuh. Zino dipukul serta dihanjing-hanjingkan sedemikian rupa, tapi Zino tetap dengan pendirian Zino. Zino bukannya bodoh ataupun buta. Zino tahu mana yang betul dan mana yang salah. Namun bukan tubuh badan ini yang terasa sakitnya, tapi hati ini yang terasa sakit sangat-sangat!
Zino akui Zino juga bukan merupakan kawan yang terbaik. Namun terima kasih pada Tuhan sebab kejadian semalam telah membuat Zino faham akan erti KAWAN sebenar. Dalam banyak-banyak mesej yang dihantar, tak ada seorang pun yang bagi respon or 'at least reply'. Cuma seorang sahaja yang berada di sisi Zino selain bf Zino, dan Zino sangat menghargainya.
Zino ingin berterima kasih pada insan yang pernah Zino anggap sebagai kawan yang kini akhirnya menjadi racun dalam hidup Zino. Terima kasih kerana menyedarkan Zino tentang segalanya. Dan Zino juga nak meminta maaf kepada semua sekiranya Zino tak pernah menjadi kawan yang baik. Zino tak mahu berdendam pada DIA tapi Zino tak akan melupakan apa yang DIA lakukan kepada Zino dan juga kawan Zino.
Harap kita dapat fikirkan bersama erti KAWAN itu. Tanyala pada diri siapa kawan di hati anda. Ingatlah, bukan mudah mendapat kawan yang benar-benar sejati. Hargailah KAWAN anda seperti anda menghargai diri sendiri kerana ianya adalah salah satu anugerah dari yang Maha Esa yang tak ternilai harganya. Fikirkanlah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan