Isnin, 28 Jun 2010

Lagu Tema FIFA 1966-2010

Memandangkan sekarang musim "HOT" FIFA 2010, pasti ramai dah tahu lagu tema World Cup 2010 kan??! Apa lagi kalau bukan "Waka...Waka..Eh..Eh.." yang dinyanyikan oleh penyanyi yang popular dengan debut singlenya dulu "Underneath Your Clothes" iaitu Shakira! Wah...bukan main meletop video klip Shakira dalam lagu ni. Dia memang makin"HOT" sekarang kan?! Tidak lupa juga penyanyi Spiritual terkenal R Kelly dengan lagunya "Sign of Victory". Kedua-dua lagu ni memang hebat dan sangat BEST!

Namun dalam keasyikkan FIFA tahun ini...pasti ramai yang tak tahu langsung pasal lagu-lagu tema FIFA yang sudah lapuk ditelan zaman kan? Hehehe....Walaupun saya bukan peminat fanatik bola sepak...tapi saya amat meminati lagu-lagu tema FIFA ini. Bagi saya lagu-lagu yang diperkenalkan semuanya sangat best. Lagu yang menjadi tema FIFA mempunyai pelbagai variasi dari segi tema serta genre yang dibawa. Tambahan pula, penyanyi-penyanyi yang membawa lagu-lagu ini semuanya bukan calang-calang hebat!

Terlintas di fikiran saya untuk mendengar semula lagu-lagu tema FIFA dari dulu sampai sekarang kat Youtube. Waahh...memang BEST! Siap download lagi...hehe. So bagi sesiapa yang tak tahu lagi lagu-lagu yang pernah menjadi tema FIFA dari tahun 1966 sehingga kini...ini adalah senarainya: (KLIK pada link kalo nak dengar lagunya k)

  1. 1996 (England)- World Cup Willie (Where in this World are We Going) by Lonnie Donegan
  2. 1982 (Spain)- Mundial '82 by Placido Domingo
  3. 1986 (Mexico)- A Special Kind of Hero by Stephanie Lawrence
  4. 1990 (Italy)- Un'estate Italiana by Edoardo Bennato & Gianna Nannini
  5. 1994 (US)- We are the Champions by Queen
  6. 1998 (France)- The Cup of Life by Ricky Martin and Together Now by Jean Michel Jarre & Tetsuya Komuro
  7. 2002 (South Korea, Japan)- Anthem by Vangelis and Boom by Anastacia
  8. 2006 (Germany)- Celebrate the Day by Herbert Gronemeyer with Amadou & Mariam and The Time of Our Lives by ll Divo & Tony Braxton
  9. 2010 (South Africa)- Sign of Victory by R Kelly and Waka Waka (This Time for Africa) by Shakira.

Enjoy the songs....!!! :)

Selasa, 22 Jun 2010

Jonathan Platero [SYTYCD]

Okay....ceritanya macam ini....semalam time menunggu baju habis basuh kat dobi hostel, saya sempat la juga menonton rancangan 'So You Think You Can Dance 2010' (SYTYCD) kat channel Astro. Minggu pertama punya show saya tak sempat nak tengok. Maklumla dekat hostel nak tengok TV memang payah. So, semalam merupakan show minggu kedua rancangan ini. Sungguh menarik! Walaupun tak mengikuti sangat perkembangan rancangan realiti ini...namun saya amat tertarik dengan persembahan daripada semua peserta rancangan ini.

Dalam banyak-banyak contestants.....saya sangat tertarik dengan seorang penari ini! OMG....meletop jantung bila tengok dia. Nak tahu siapa dia? Dialah bakal NEXT 'thing' saya sekarang.......and his name is JONATHAN PLATERO!


Facts about Jonathan Platero:
  • lahir pada 24th May 1988 (22 years old)
  • Birthplace: New York, Hometown: Sanford, FL
  • merupakan ahli gimnastik sebelum memulakan karier sebagai penari pada umur 16 tahun.
  • World Salsa Finalist 2006-2007
  • a dancer and acrobat dalam "High School Musical"
  • Top 20 contestant of SYTYCD 2010. Peserta lelaki ketiga eliminated dalam rancangan ini.

Saya pun kurang faham kenapa penonton boleh terlepas pandang akan kebolehan dan bakat dia dalam rancangan ini. Komen-komen juri sudah cukup menjelaskan bahawa Jonathan adalah antara peserta terbaik yang mereka pernah ada selepas lima musim berlalu. Hurmmm....kalo ada "wild card"....harapan menggunung tinggi Jonathan dapat masuk semula!

P/S: Video kat bawah ini adalah persembahan Jonathan yang paling saya suka! Gandingan bersama Karla Gracia dan dikoreografikan oleh Stacey Tookey pada minggu ke-18. Enjoy!

Isnin, 21 Jun 2010

Malam BBQ yang Tenang

19th June 2010- Rupanya aktiviti panggang memanggang di hujung minggu sangat seronok! Ayam panggang, pedal ayam, bontot ayam, hotdog panggang...wah sangat sedap!

Walaupun tanpa dirancang......Along tiba-tiba mendapat idea untuk meluangkan masa hujung minggu dengan menikmati BBQ. Hehehe...pada mulanya nak buat ringan-ringan kat dalam rumah Mac ja...tapi berakhir kat taman Permaisuri. Walaupun yang datang cuma 8 orang ja...namun keseronokkan tetap terasa. Teringat plak saya dengan keadaan malam tu.....kurang ini kurang itu la....maklumla first time menganjurkan BBQ sendiri...well, rasanya next time kena amik kursus kot. Haha....learn from mistakes! hehehe ;)

Thanks Along for a such great idea.....and also to Hurmz, Mac, Syuk, Syed, Madi and Atong....thanks for coming along! Can't wait for the next session. Ajak ramai-ramai...... Maybe after this we can do steamboat plak.....! ;=)

TENGAH MEMBAKAR ARANG...GIGIH!

NAMPAK TAK BONTOT AYAM PANGGANG TU?? THANKS HURMZ..HEHE

MAC YANG SEDANG GIGIH MEMANGGANG AYAM...SIAP LETAK MADU LAGI!

TENANG DUDUK DI SINI SAMBIL BERGOSSIP!

CAN'T WAIT FOR THE NEXT SESSION!!



Ahad, 20 Jun 2010

Cerita Hati Saya

Hurmmm......terlalu banyak yang berlaku akhir-akhir ini hingga saya tak tahu nak meluahkan isi hati ini kepada siapa. Kenapa begitu banyak kepedihan ni?? Entah mana Si Keseronakkan tu bersembunyi!

Ermm...baru-baru ini saya kehilangan seorang kawan. Entahla nak cakap macam mana....kalo nak dikatakan saya ni seorang pendendam....bukan juga! It's all about respecting each other. Kalo kawan dengan kawan dah tak boleh nak respect each other.....why we have to pretend to be friend?? Tapi perasaan saya ini.....siapa yang tahu? Hanya Tuhan je tahu...apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya! Well, I always want to think postively selagi termampu! So be it!

Tak cukup dengan masalah ni, sekarang saya pula tengah bergelumang dengan krisis hubungan! Complicatednya!!!! Saya tak tahu nak akap macam mana......saya berharap sangat yang dia tahu perasaan saya. Saya tak pernah berniat mempermainkan perasaan sesiapa....lebih-lebih lagi saya dah pernah mengalaminya. Memang betul diri ini sudah mula membuka pintu tapi pintu ini bukan untuk dia kot! Huhu....dilema sangat...

Masalah kawan...cinta masih tak cukup! Kini dengan masalah kewangan...masalah study! OMG! Nak je saya menjerit sekuat hati kalo boleh....biar sampai hilang suara. Tapi saya masih berpijak di bumi yang nyata! Still normal! Ahaks......c'mon beb...this is Zino...a person that always know what to do when troubles comes and can stand on his own feet! Takkan mudah jadi gila! Hahaha....

Walaupun banyak benda yang sangat pedih dan pedas menimpa....saya tetap masi boleh bertahan kerana saya masi mempunyai ramai kawan yang sangat memahami saya dan sentiasa menjadi peneman di waktu suka duka saya. I love them very much! Walaupun perkara kecil seperti menemani saya karaoke, lepak-lepak atau makan-makan....or listening to my stupid jokes....actually it really meants a lot! Thanks So Muucchh!

Inilah cerita hati saya sekarang........

Isnin, 14 Jun 2010

Angin Ribut, Taufan akan Datang!!

Bila dengar pasal ribut taufan pasti meremang bulu roma kan! Tapi yang ini lagi teruk dan lebih menakutkan daripada apa yang kita fikirkan! Tadi saya sempat membuka laman web rasmi NASA dan ternampak sebuat artikel terbaru yang diterbitkan oleh sekumpulan pengkaji dari National Center for Atmospheric Research (NCAR), diketuai oleh Mausumi Dikpati. Mereka mengatakan satu ribut taufan yang amat besar yang dipanggil "the Great Ocean Conveyor Belt" bakal menyerang bumi pada sekitar tahun 2010 atau 2011!! Pernah tak korang menonton cerita "The Day After Tomorrow"?? Apa yang berlaku dalam cerita itu BAKAL menjadi realiti! Untuk pengetahuan anda semua...cerita tersebut SEBENARNYA diadaptasikan daripada kajian yang dibuat oleh Dikpati! Huhu...seramm tak??!

EARTH'S GREAT OCEAN CONVEYOR BELT

Berikut adalah sebahagian dari petikan artikel NASA:

"The top of the conveyor belt skims the surface of the sun, sweeping up the magnetic fields of old, dead sunspots. The 'corpses' are dragged down at the poles to a depth of 200,000 km where the sun's magnetic dynamo can amplify them. Once the corpses (magnetic knots) are reincarnated (amplified), they become buoyant and float back to the surface." Presto--new sunspots!

All this happens with massive slowness. "It takes about 40 years for the belt to complete one loop," says Hathaway. The speed varies "anywhere from a 50-year pace (slow) to a 30-year pace (fast)."

When the belt is turning "fast," it means that lots of magnetic fields are being swept up, and that a future sunspot cycle is going to be intense. This is a basis for forecasting: "The belt was turning fast in 1986-1996," says Hathaway. "Old magnetic fields swept up then should re-appear as big sunspots in 2010-2011."

Like most experts in the field, Hathaway has confidence in the conveyor belt model and agrees with Dikpati that the next solar maximum should be a doozy. But he disagrees with one point. Dikpati's forecast puts Solar Max at 2012. Hathaway believes it will arrive sooner, in 2010 or 2011.

"History shows that big sunspot cycles 'ramp up' faster than small ones," he says. "I expect to see the first sunspots of the next cycle appear in late 2006 or 2007--and Solar Max to be underway by 2010 or 2011."


SUN'S GREAT CONVEYOR BELT


Jadi, sape yang betul?? Hanya masa dapat menentukan. Apapun...ribut taufan akan melanda.

Be Prepare!

Khamis, 10 Jun 2010

SABHI SADDI

Tadi time lepak2 mata ke Youtube....tiba-tiba terlintas nak tengok Sabhi Saddi nyanyi live. Rupanya dalam Youtube tak banyak video pasal dia. The only live dia pernah buat adalah dalam NTV7 Breakfast Show.....tapi memang mantap gak vokal dia! Rasa macam nak tengok more live show of him!! Hurmmm.....kerana kurang puas hati, saya pun search la nama dia kat internet. Rupanya dia baru nak berjinak-jinak dengan dunia musik.....so let us welcoming him to 2010!


Tapi siapa Sabhi Saddi ni sebenarnya?
Kalau tengok gambar dia....macam orang Indonesia pun ade...or macam pinoy....macam model pun ade...macam mix-mix pun ade! Hehe..tapi semuanya bukan!
Sabhi Saddi adalah anak kelahiran Sandakan.....rupanya orang Sabah ok!! Berumur 25 tahun dan merupakan bekas penari hip hop kumpalan Edsco bersama Aam AF (Wah...rupanya penari pun berbakat dalam bidang suara jugak! Excellent...).


Sabhi Saddi mula memperkenalkan dirinya di dalam industri musik dalam single pertamanya "Sayang Giler" dalam sebuah filem produksi KRU Cicakman 2. Selain tu dia juga turut dikenali melalui single " Jalan Pulang".

Kini, Sabhi Saddi tengah sibuk mempromosikan single barunya NADIKU dan GEMERLAPAN. Genre lagu Sabhi ni sebebnarnya lebih kepada R&B....dan suaranya pun sedap dan mantap esuai dengan genre yang dibawanya. He got the type of voice that i like! Walaupun sangat baru lagi dalam indutri musik tanahair...tapi dari segi suara serta vokal memang cukup memukau! I really hope he will go far in this industry!
Go Sabhi Saddi.............Caiyok!!!

P/S: Kalo tak silap saya...dulu Sabhi Saddi menggelar diri sebagai Boy...

Selasa, 8 Jun 2010

Mimpi Gigi Dicabut!

08th June 2010--> Pagi ini saya bangun agak awal dalam pukul 6.45am! Masa terjaga tu saya sudah mula rasa tak sedap hati. Tanpa menghiraukan perasaan, saya terus mandi dan bersiap untuk ke kolej. Masa menunggu ketibaan bas kolej, tiba-tiba saya teringat pasal mimpi saya semalam! Hati mula rasa tak sedap hati lagi. Then, saya pun tanyala kawan-kawan saya apa maksud mimpi itu.....dan jawapan yang diberi sangat membimbangkan! Bertambahla mood tak baik saya hari ini!!

Mesti korang nak tahu mimpi tu apa kan??
Actually saya bermimpi gigi taring atas saya dicabut. Tapi dalam mimpi tu saya tak ingat siapa yang mencabutnya dan kenapa ianya dicabut. Tapi apa yang jelas gigi saya dicabut...betul2 dicabut! Bila saya bertanya pada kawan2 saya....mereka mengatakan ini adalah petanda musibah bakal berlaku! OMG! Betul ke???

Oleh kerana terlalu khuatir dan terlalu banyak persoalan timbul di benak fikiran.....saya tidak dapat berdiam diri macam itu saja. Saya pun mula la membuka laptop kesayangan saya dan mencari maklumat berkenaan dengan mimpi tersebut. Waduh!! Hasilnya memang sangat ngeri!

Menurut petikan dari sebuah satu laman web (http://www.seuramoe.com/dream.html).............

  • menurut Islam:
    • Gigi: adapun gigi maknanya adalah keluarga rumah tangga lelaki. Maka gigi sebelah atas adalah keluarganya yang lelaki dan sebelah bawah keluarga yang perempuan.
    • Gigi yang goyang: jika sebahagian gigi goyang, menunjukkan ada yang akan berpenyakit. Gigi yang jatuh dan hilang menunjukkan kematian atau hilang buat selama-lamanya.
  • menurut Barat:
    • Gigi: hubungan tidak menyenangkan dengan penyakit atau orang yang membingungkan.
    • Gigi yang goyang: kegagalan dan khabar buruk.
    • Gigi yang hilang: kemalangan dengan tiba-tiba.

Daripada penjelasan tentang perbezaan tafsiran Islam dan Barat tentang mimpi....dua2 menunjukkan tafsiran yang tersangat negatif!! Dan seperti yang diberitahu rakan2 saya....mimpi gigi tercabut atau dicabut memberi petanda salah seorang yang terdekat akan meninggal!! Lebih2 lagi ada seorang teman memberitahu bahawa dia pernah mengalami mimpi yang sama dan seminggu kemudian seseorang dari ahli keluarga terdekatnya meninggal! Serammmmmm............!

Now...I'm trying to think positive!! Yeah...that's what I should do from the beginning!
Orang kata mimpi tu kadang-kadang boleh jadi realiti....kadang-kadang cuma mainan tidur semata-mata! Saya percaya apa yang bakal berlaku hanya ditentukan oleh Tuhan dan bukan ditentukan oleh mimpi kita.
BE POSITIVE Zino Zegna!

Khamis, 3 Jun 2010

Kata TIDAK pada Buang Bayi!!

Aduhai......saya agak terkilan dan rasa kecewa akhir-akhir ini! Bukan kecewa sebab putus cinta....tapi kecewa dengan kes buang bayi yang semakin hari semakin menjadi-jadi ala2 satu trend baru di Malaysia ini. Agak terkejut juga bila mendapat tahu statistik baru-baru ini bahawa di Malaysia, sebanyak 2 bayi luar nikah dilahirkan setiap jam!! Parah tak?! Saya tertanya-tanya juga kenapa kita boleh menjadi seteruk ini? Adakah disebabkan golongan-golongan ini terdiri daripada orang-orang yang tidak berpendidikan dan kurang ajaran agama?? Adakah kita perlu menuding jari kepada ibu bapa mereka kerana tidak pandai mendidik?? Ataupun golongan-golongan ini memang dilahirkan dengan perasaan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam?? Wah...banyak sungguh persoalan yang tidak terjawab ni...

Oleh sebab begitu banyak persoalan yang sukar dijawab....saya rasa pencegahan adalah cara terbaik untuk mengatasi kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini!
Bagaimana caranya??!!

INTRODUCING...................................................

LEVONELLE!


Levonelle adalah salah satu ubat contraceptive yang agak istimewa di pasaran. Ia lebih dikenali sebagai emergency contraceptive. Bagi pasangan yang terlanjur dan terlupa mengenakan protection yang sepatutnya...jangan risau! Masih ada masa! Sebaik saja melakukan aktiviti terlarang tu...pasangan perempuan boleh mencegah daripada terhamil dengan memakan ubat ini. Tetapi perlu la diingatkan....jangka masa yang efektif adalah dalam 12 sehingga 72 jam sahaja!! Lebih daripda 72 jam....anda tanggungla sendiri. Makan ubat ini pun dah tak guna! Mungkin ramai yang tertanya adakah cara ini halal? Ingat! Ini bukan satu teknik pengguguran anak. Menurut clinical study...ia bertindak untuk mengelak sperma bergabung dengan ovum! dengan ini proses penghasilan zygote tidak akan terjadi.

Untuk keterangan lanjut....sila layari http://www.levonelle.co.uk.
Selamat mencuba!