Wah....sudah lama i tak update blog ni. Ramai juga member2 lama tanya i buat ape sekarang ni...stay mana dan kenapa lama menyepi...hurmm... So untuk semua yang belum tahu pasal khabar terbaru i lagi, i sekarang sedang belajar di KPJ International College of Nursing and Health Sciences Alliances (previously known as Puteri Nursing College) kat Kota Seriemas, Negeri Sembilan.
Sebelum ni seperti yang you all sedia maklum, I study kat UPM amik jurusan Sarjana Muda Kimia Perindustrian, lepas tu berehat sementara dan bekerja. Sambil-sambil tu I pun apply jawatan sebagai pembantu farmasi melalui SPA (www.spa.gov.my). Tup..tup...tup.... I dapat la tawaran temuduga. Panggilan temuduga pertama I dapat pada bulan April 2008 tapi tak sempat mghadirinya..huhu..rugi sangat2...ingatkan dah tak leh dapat dah. Bulan Oktober tu lak i dapat lagi panggilan temuduga untuk jawatan yang sama...rasa sangat terkejut gak bila dapat panggilan kedua tu....so apa lagi, I tak lepas peluang dan pergi walaupun masi tengah bekerja waktu tu.
Selepas penantian selama sebulan lebih, akhirnya I lulus temuduga dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi di KPJIC selama 3 tahun sebelum memulakan karier I sebagai ahli farmasi di bawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Rasa gembira sangat masa tu. Banyak benda yang I fikirkan masa tu...fikir pasal study lama I kat UPM, kerja I kat Maxis...life I berhijrah kat Negeri Sembilan..kewangan...dan macam2 lagi. I kena menguruskan segala-galanya tanpa bantuan dari keluarga sedikit pun...huhuhu.... Syukurlah I dapat mengatasi semua itu dan sekarang semuanya berjalan agak lancar dan study I pun berada di tahap yang boleh dibanggakan. I sangat bersyukur sebab walaupun tidak sempat menghabiskan kursus kat UPM, tapi rezeki Zino dapat bekerja di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia akhirnya tercapai.....tambahan lagi bidang ini memang Zino sangat minat sebelum Kimia.
So, kepada semua kawan2, I sangat membutuhkan doa dan berkat dari semua. Doakan I berjaya dalam bidang baru yang diceburi ni.
Apa-apa pun, YM dan SMS sentiasa ader untuk kita keep in touch. Take care guys..miss u olz :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan