Jumaat, 23 Oktober 2009

Top 20 Best Vocalist!

Hello semua......ada update panas!!
Baru-baru ini Cove Magazine telah mengumumkan carta Top 100 vocalist sedunia berdasarkan bakat kebolehan vokal, range vokal dan juga keharmonian vokal seseorang penyanyi itu. Kebolehan vokal mereka juga diambil kira melalui konsert2 persembahan secara langsung dan juga dari segi persembahan acapella mereka. Jumlah markah +50.

1. Christina Aguilera (+50) -perfect score!
2. Mariah Carey (+49.7)
3. Michael Jackson (+49.5)
4. Celine Dion (+49.2)
5. Johnny Gill (+48.6)
6. Whitney Houston (+48.5)
7. Beyonce (+48.0)
8. Alicia Keys (+47)
9. Avril Lavigne (+44.1)
10. Usher (+44)
11. Dixie Chicks (+42)
12. Amerie (+39.8 )
13. Enrique Iglesias (+39.5)
14. Mary J. Blige (+39.4)
15. Clay Aiken (+39.3)
16. Le Ann Rime (+37)
17. Alanis morissette (+35)
18. Faith Hill (+34.4)
19. Pink (+34.2)
20. Dru Hill. (quintet) (+31)

Namun begitu, I sangatla x setuju dengan pemberian markah ini..dan saya rasa Christina tidak layak berada di tempat yang pertama...apakah yang membuatkan Christina jauh lebih baik daripada Mariah Carey or Whitney Houston???! Hurmmm.....Apa pula Komen anda semua??


Untuk melihat senarai penuh Top 100 Vocalist ini..sila layari http://prince.org/msg/8/54733


Rabu, 21 Oktober 2009

2012 Dunia Berakhir??!

2012 akhir zaman dunia sudah bermula.......percaya atau tidak?? Itu persoalannya....pernah satu hari itu I pergi tengok wayang bersama rakan2, tiba-tiba keluar satu trailer pasal sebuah movie yang bakal ditayangkan di pawagam pada 12hb November 2009 yang bertajuk 2012 Doomsday. Menurut trailer tu, movie ini dibuat berdasarkan ramalan sebenar puak Mayan yang menyatakan dunia akan kiamat pada 31 December 2012! Sejauh manakah ramalan ini benar? Bagaimanakah mereka meramalnya? Sampai ke hari ini I still tertanya2....apakah sebenarnya akan berlaku pada seluruh umat manusia dan juga dunia ini pada tarikh tersebut? So...I pun buatla sedikit research from the internet tentang ramalan ini dan hasilnya sungguh menakutkan.....


Apakah benar bumi akan hancur pada tahun 2012?
Menurut kajian NASA yang melancarkan Infared Astronomical Satellite (IRAS) buat pertama kalinya pada 26 January 1983, mereka telah menemui sebuah planet yang dipercayai planet ke-10 galaksi ini...yang lalu dinamakan Planet-X. Planet ini dikatakan mengorbit matahari setiap 3600 tahun, dan jarak ia dari bumi ketika itu adalah 50 batu million jauhnya. Namun, pada tahun 2004, planet itu dikatakan berjarak 7 batu million...dan ia semakin menghampiri bumi! Bukti kewujudan Planet-X telah diambil di Japan pada 28 february 2008...dan yang menggerunkan...planet itu dikatakan akan bertemu dengan bumi pada 2012! Kita akan melihat Planet-X akan kelihatan sebagai 2 buah matahari di langit pada sekitar 2011.....menakutkan x??!

Namun begitu, ada juga sesetengah kajian mengatakan 2012 bukanlah hari kiamat dunia...namun mereka percaya bahawa sesuatu yang besar akan berlaku dan kesannya akan dirasai seluruh dunia...macam2 ramalan dikemukakan namun yang paling besar kemungkinannya adalah kemungkinan badai matahari akan menimpa bumi!

Kitab suci kristian ada mengatakan bahawa kiamat akan berlaku...namun selepas kisah Nabi Nuh, Tuhan telah berjanji bahawa tiada lagi kiamat air bah namun dunia akan mengalami kiamat badai api......jadi, adakah ini benar2 akan berlaku pada tahun 2012? seram sejuk jadinya......huhuhu!

Walau bagaimanapun, jangan lupa menyaksikan 2012 Doomsday pada 12 November 2009 ye...maybe lepas tengok cerita tu baru la kita akan mendapat lebih banyak informasi pasal kebenaran ramalan ini lalu menjadi bara api semangat untuk kita mula berfikir tentang maksud TOBAT!! Hahaha.Font size.....



Selasa, 20 Oktober 2009

Beyonce tunda Konsert 25 Oct 2009!!

Panas...Panas...Panas...!!! Diva R&B Beyonce Knowles dengan rasminya mengumumkan bahawa beliau akan menunda konsert beliau yang sudah dijadualkan pada 25hb Oktober 2009 ke tarikh yang belum ditentukan! Motif? Ini adalah kali kedua beliau menunda konsert beliau di Malaysia...memang cukup mengecewakan!


Sebab utamanya adalah rules and regulation yang dikenakan oleh Pan-Malaysian Islamic Party yang mengatakan pertunjukkan konsert Beyonce Knowles yang diadakan bakal menunjukkan persembahan yang tidak bermoral!
Beyonce memang terkenal bukan sahaja dari segi vokal dan bakat beliau...juga dari segi pakaian beliau yang seksi dan menggairahkan. Namun itu adala cara dan personaliti tersendiri Beyonce Knowles...oleh itu, halangan dan peraturan yang menghalang beliau daripada berpakaian seksi telah membuat beliau sekali lagi berubah fikiran lalu menangguhkan konsert beliau di Malaysia.

Persoalannya, sampai bilakah kita kena berfikiran seperti dahulu kala....ini tak boleh..itu tak boleh??? Indonesia juga merupakan salah sebuah negara Islam yang terbesar di rantau ini, namun mereka tidak la seketat ini. Pada tahun 2007, Beyonce yang membatalkan hasratnya membuat konsert di Malaysia, sebaliknya membuat konsert itu di Jakarta Indonesia.

Kebanyakkan industri hiburan sedunia mengatakan bahawa peraturan2 yang terlalu ketat ini la yang telah banyak mempengaruhi semangat artis2 antarabangsa untuk melawat dan membuat persembahan di Malaysia. Jadi, pada pendapat I lah...sudah sampainya kita kena berubah dan memberi sedikit kelonggaran kepada peraturan yang dikenakan...kalau tidak industri muzik di negara ini tak akan sampai ke mana pun! Fikirkanlah!


Selasa, 13 Oktober 2009

Stephen Gately "Pucat & Sejuk"

STEPHEN GATELY


Semalam ketika tengah kusyuk menikmati juadah makan malam dengan kawan-kawan....tiba-tiba sesuatu kat TV telah menarik perhatian I.....Stephen Gately (bekas ahli band Boyzone) telah meninggal dunia! Walaupun hanya sepintas lalu tapi cukup membuat I tergumam kejap....bukannya apa...tapi I membesar dengan mendengar lagu-lagu Boyzone dan sangat meminati band ni waktu kecil-kecil dahulu.....I mengikuti perkembangan band ini seperti band2 yang lain juga...contohnya Westlife, Matchbox20 dan lain2 lagi. I masih ingat lagi dulu semasa dia membuat pengakuan besar yang bakal mengubah hidup dia selama-lamanya...pengakuan bahawa dia adalah homoseksual. Memang mengejutkan bila mengetahui tapi itu yang membuat I kagum dan salut dengan keberanian dan ketabahan dia berdepan dengan semua orang di seluruh dunia..terutamanya peminat2 setia yang telah menyokong beliau selama ini. Risiko yang diambil dia sangat besar ketika itu...namun dia dapat bertahan sehingga ke saat ini sebelum dia meninggalkan dunia ini.

Stephen Gately....dilahirkan pada 17hb March 1976 di Dublin, anak keempat dari lima beradik. Ayahnya seorang tukang cat dan ibunya pula pembantu rumah sambilan...keluarga beliau memang sangat serba kekurangan....sewaktu kecil dulu beliau terpaksa memakai kasut berbungkuskan kotak semata2 ingin melindungi kasut beliau daripada hujan dan basah...

Pada umur 14 tahun, beliau menyertai sebuah agensi modelling, memenangi anugerah 'disco-dancing championship', dan muncul aktif dalam kumpulan musik sekolah. Yakin dengan bakatnya bahawa dia akan menjadi seorang yang popular satu hari nanti, dia sering berlatih tandatangan autograf sendiri di setiap halaman belakang buku2 sekolahnya. Perbuatannya itu sering menjadi bahan ketawa dan kutukan kawan-kawannya....namun dia berkata "tengoklah...satu hari nanti ianya akan berbaloi...!"

Dalam tahun 1993, tahun terakhir zaman sekolahnya...dia menyertai satu audition beserta 400 orang yang lain melalui iklan dalam surat khabar...untuk menyertai sebuah boyband yang selepasnya dinamakan Boyzone.

Pada tahun 2000, beliau bukan lagi seorang ahli Boyzone selepas kontroversi pegakuan dia sebagai seorang pengamal hidup homeseksual. Dia mengalami satu depressi yang sungguh teruk sehingga dia terpaksa mengambil dadah. Elton John lah yang telah membantu beliau sehingga pulih dan memperkenalkan beliau kepada Andrew Cowles ( teman lelaki dia yang terakhir sebelum meninggal).

Stephen Gately, yang kini 33 tahun ditemui meninggal dunia pada 10 Oktober 2009 di rumah beliau di Port d'Andratx, Majorca lapan jam selepas menghadiri parti sosial di sebuak kelab gay di situ.

"Pucat dan sejuk.." begitulah keadaan Stephen Gately ketika ditemui mati dengan keadaannya duduk di lantai dan kepalanya di atas sofa seperti seorang yang sedang berdoa di dalam kediamannya. Memang sangat pelik kerana beliau meninggal secara tiba2 tanpa kesan atau tanda2 bunuh diri atau dibunuh..seolah-olah nyawa beliau tercabut begitu sahaja. Namun, keputusan autopsi forensik belum dapat memberi apa2 keputusan lagi sehingga hari ini.

STEPHEN GATELY WITH HIS HUSBAND ANDREW COWLES


THE BOYZONE

Banyak benda dan perkara yang berlaku di luar jangkaan kita. Hidup kita di dunia ini memang sangat singkat dan tidak menentu.....kerana nyawa ini bukanla milik kita...kita cuma meminjam ia dari yang Maha Esa dan bila2 saja Dia boleh mengambil balik nyawa kita tanpa kita sedari..
Baru tadi I dapat berita seorang lagi kawan I terlibat dalam sebuah kemalangan yang teruk dan kini berada di ICU disebabkan pendarahan dalaman dalam otak. Nasib kawan I pun belum ditentukan lagi....dan I berdoa banyak2 agar semuanya akan menjadi baik....huhu..

To Stephen Gately, I pray that you will rest in peace.......Amen.

The Holy Raya Celebration at Jade's Rehab


Selamat Hari Raya Aidilfitri....wah, sungguh meriah suasana malam itu di teratak Along@Jade di Bandar Saujana Putra pada 10hb Oktober baru-baru ini. Kali ini Jade menampilkan suasana baru dengan decoration dan renovation yang baru, unik dan cantik gtew...tema party malam itu simple dan pakai apa saja.... :)

Saya adalah antara tetamu yang terawal hadir bersama beberapa rakan satu kolej saya...kira-kira pukul 7pm...biasala konsep diva...datang kena sekurang2nya lewat satu jam suku k!ahaks... Sementara menunggu yang lain tiba...kitorg sempat menghabiskan masa dengan sesi mengumpat dan gosip panas...ahaks! Hampir sejam lebih menunggu...barulah diva-diva yang lain pun tiba dengan penampilan fesyen yang cantik dan menarik gtew...seramai lebih kurang 20 orang yang hadir k 2 girls and da rest...ermmm....but meriaaahhh!

Selepas bersalam-salaman....semua diva dijemput menjamu hidangan yang sedap-sedap belaka...antaranya sate, mee kari, laksa, nasi briyani, kek lapis dan macam2 lagi la...wah..memang grand party Jade kali ini...semuanya nampak happy dan gembira gitu...

Selepas kenyang...party diteruskan dengan ice breaking antara satu sama lain. Tapi yang peliknya ice breaking kali ini lebih ditumpukan kepada nama dan id di facebook..memandang semua diva yang hadir aktif dalam kegiatan2 sosial di facebook....maklumla kita mengikut arus teknologi IT kekdahnya...haha! Dalam, sesi ini...seperti biasa Jade la jadi MC...memang kelakar la...siap setiap orang disuruh 'miming' la...nyanyi la. Yang bestnya semua sporting gtew...ala eppah (first timer in da club) pun menyanyi lagu Jaclyn gemilang versi sendiri....lunak sungguh suara eppah...muaaahks!

Majlis lak diteruskan dengan senda tawa dan photo shoot....haha..kalo tgk pic2 ni....pose semua memang mengalahkan diva segala diva! Pose ala tyra, furonda, jael dan macam2 bentuk susuk dan lentik badan lagi...hehe..memang dasar jiwa 'senilistik' gtu..

Malam tu berlarutan sehingga pukul 1pm lebih kurang....semua pun bersalam-salaman sebelum pulang...mengikut tradisi lama namum dimodenkan dengan gaya 'kissing diva' and 'raba light2' gitu...oops!

Harapan saya, moga the next events of this gang will be as fun like this an harap semua diva2 dapat terus bersama dan tidak berpecah belah dan terpecah lobz masing2 yew...hehe... u ols cool dowh...!!


Who's in da pic: Me, Jojie, Jade (Tuan Rumah), Jue, Afiq, Eppah, Hurmz, Walter, Eddy, Shah, Cliff, Mac, Madi, Pojie, Eddie, Lan, Albert, Khairi...and a few who are not listed as I can't recall....but you were all listed here and you guys had make the party amzing. Sweet Memory! :)