Selasa, 13 Oktober 2009

Stephen Gately "Pucat & Sejuk"

STEPHEN GATELY


Semalam ketika tengah kusyuk menikmati juadah makan malam dengan kawan-kawan....tiba-tiba sesuatu kat TV telah menarik perhatian I.....Stephen Gately (bekas ahli band Boyzone) telah meninggal dunia! Walaupun hanya sepintas lalu tapi cukup membuat I tergumam kejap....bukannya apa...tapi I membesar dengan mendengar lagu-lagu Boyzone dan sangat meminati band ni waktu kecil-kecil dahulu.....I mengikuti perkembangan band ini seperti band2 yang lain juga...contohnya Westlife, Matchbox20 dan lain2 lagi. I masih ingat lagi dulu semasa dia membuat pengakuan besar yang bakal mengubah hidup dia selama-lamanya...pengakuan bahawa dia adalah homoseksual. Memang mengejutkan bila mengetahui tapi itu yang membuat I kagum dan salut dengan keberanian dan ketabahan dia berdepan dengan semua orang di seluruh dunia..terutamanya peminat2 setia yang telah menyokong beliau selama ini. Risiko yang diambil dia sangat besar ketika itu...namun dia dapat bertahan sehingga ke saat ini sebelum dia meninggalkan dunia ini.

Stephen Gately....dilahirkan pada 17hb March 1976 di Dublin, anak keempat dari lima beradik. Ayahnya seorang tukang cat dan ibunya pula pembantu rumah sambilan...keluarga beliau memang sangat serba kekurangan....sewaktu kecil dulu beliau terpaksa memakai kasut berbungkuskan kotak semata2 ingin melindungi kasut beliau daripada hujan dan basah...

Pada umur 14 tahun, beliau menyertai sebuah agensi modelling, memenangi anugerah 'disco-dancing championship', dan muncul aktif dalam kumpulan musik sekolah. Yakin dengan bakatnya bahawa dia akan menjadi seorang yang popular satu hari nanti, dia sering berlatih tandatangan autograf sendiri di setiap halaman belakang buku2 sekolahnya. Perbuatannya itu sering menjadi bahan ketawa dan kutukan kawan-kawannya....namun dia berkata "tengoklah...satu hari nanti ianya akan berbaloi...!"

Dalam tahun 1993, tahun terakhir zaman sekolahnya...dia menyertai satu audition beserta 400 orang yang lain melalui iklan dalam surat khabar...untuk menyertai sebuah boyband yang selepasnya dinamakan Boyzone.

Pada tahun 2000, beliau bukan lagi seorang ahli Boyzone selepas kontroversi pegakuan dia sebagai seorang pengamal hidup homeseksual. Dia mengalami satu depressi yang sungguh teruk sehingga dia terpaksa mengambil dadah. Elton John lah yang telah membantu beliau sehingga pulih dan memperkenalkan beliau kepada Andrew Cowles ( teman lelaki dia yang terakhir sebelum meninggal).

Stephen Gately, yang kini 33 tahun ditemui meninggal dunia pada 10 Oktober 2009 di rumah beliau di Port d'Andratx, Majorca lapan jam selepas menghadiri parti sosial di sebuak kelab gay di situ.

"Pucat dan sejuk.." begitulah keadaan Stephen Gately ketika ditemui mati dengan keadaannya duduk di lantai dan kepalanya di atas sofa seperti seorang yang sedang berdoa di dalam kediamannya. Memang sangat pelik kerana beliau meninggal secara tiba2 tanpa kesan atau tanda2 bunuh diri atau dibunuh..seolah-olah nyawa beliau tercabut begitu sahaja. Namun, keputusan autopsi forensik belum dapat memberi apa2 keputusan lagi sehingga hari ini.

STEPHEN GATELY WITH HIS HUSBAND ANDREW COWLES


THE BOYZONE

Banyak benda dan perkara yang berlaku di luar jangkaan kita. Hidup kita di dunia ini memang sangat singkat dan tidak menentu.....kerana nyawa ini bukanla milik kita...kita cuma meminjam ia dari yang Maha Esa dan bila2 saja Dia boleh mengambil balik nyawa kita tanpa kita sedari..
Baru tadi I dapat berita seorang lagi kawan I terlibat dalam sebuah kemalangan yang teruk dan kini berada di ICU disebabkan pendarahan dalaman dalam otak. Nasib kawan I pun belum ditentukan lagi....dan I berdoa banyak2 agar semuanya akan menjadi baik....huhu..

To Stephen Gately, I pray that you will rest in peace.......Amen.

Tiada ulasan: