2012 akhir zaman dunia sudah bermula.......percaya atau tidak?? Itu persoalannya....pernah satu hari itu I pergi tengok wayang bersama rakan2, tiba-tiba keluar satu trailer pasal sebuah movie yang bakal ditayangkan di pawagam pada 12hb November 2009 yang bertajuk 2012 Doomsday. Menurut trailer tu, movie ini dibuat berdasarkan ramalan sebenar puak Mayan yang menyatakan dunia akan kiamat pada 31 December 2012! Sejauh manakah ramalan ini benar? Bagaimanakah mereka meramalnya? Sampai ke hari ini I still tertanya2....apakah sebenarnya akan berlaku pada seluruh umat manusia dan juga dunia ini pada tarikh tersebut? So...I pun buatla sedikit research from the internet tentang ramalan ini dan hasilnya sungguh menakutkan.....
Apakah benar bumi akan hancur pada tahun 2012?
Menurut kajian NASA yang melancarkan Infared Astronomical Satellite (IRAS) buat pertama kalinya pada 26 January 1983, mereka telah menemui sebuah planet yang dipercayai planet ke-10 galaksi ini...yang lalu dinamakan Planet-X. Planet ini dikatakan mengorbit matahari setiap 3600 tahun, dan jarak ia dari bumi ketika itu adalah 50 batu million jauhnya. Namun, pada tahun 2004, planet itu dikatakan berjarak 7 batu million...dan ia semakin menghampiri bumi! Bukti kewujudan Planet-X telah diambil di Japan pada 28 february 2008...dan yang menggerunkan...planet itu dikatakan akan bertemu dengan bumi pada 2012! Kita akan melihat Planet-X akan kelihatan sebagai 2 buah matahari di langit pada sekitar 2011.....menakutkan x??!
Namun begitu, ada juga sesetengah kajian mengatakan 2012 bukanlah hari kiamat dunia...namun mereka percaya bahawa sesuatu yang besar akan berlaku dan kesannya akan dirasai seluruh dunia...macam2 ramalan dikemukakan namun yang paling besar kemungkinannya adalah kemungkinan badai matahari akan menimpa bumi!
Kitab suci kristian ada mengatakan bahawa kiamat akan berlaku...namun selepas kisah Nabi Nuh, Tuhan telah berjanji bahawa tiada lagi kiamat air bah namun dunia akan mengalami kiamat badai api......jadi, adakah ini benar2 akan berlaku pada tahun 2012? seram sejuk jadinya......huhuhu!
Walau bagaimanapun, jangan lupa menyaksikan 2012 Doomsday pada 12 November 2009 ye...maybe lepas tengok cerita tu baru la kita akan mendapat lebih banyak informasi pasal kebenaran ramalan ini lalu menjadi bara api semangat untuk kita mula berfikir tentang maksud TOBAT!! Hahaha......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan