Selasa, 20 Oktober 2009

Beyonce tunda Konsert 25 Oct 2009!!

Panas...Panas...Panas...!!! Diva R&B Beyonce Knowles dengan rasminya mengumumkan bahawa beliau akan menunda konsert beliau yang sudah dijadualkan pada 25hb Oktober 2009 ke tarikh yang belum ditentukan! Motif? Ini adalah kali kedua beliau menunda konsert beliau di Malaysia...memang cukup mengecewakan!


Sebab utamanya adalah rules and regulation yang dikenakan oleh Pan-Malaysian Islamic Party yang mengatakan pertunjukkan konsert Beyonce Knowles yang diadakan bakal menunjukkan persembahan yang tidak bermoral!
Beyonce memang terkenal bukan sahaja dari segi vokal dan bakat beliau...juga dari segi pakaian beliau yang seksi dan menggairahkan. Namun itu adala cara dan personaliti tersendiri Beyonce Knowles...oleh itu, halangan dan peraturan yang menghalang beliau daripada berpakaian seksi telah membuat beliau sekali lagi berubah fikiran lalu menangguhkan konsert beliau di Malaysia.

Persoalannya, sampai bilakah kita kena berfikiran seperti dahulu kala....ini tak boleh..itu tak boleh??? Indonesia juga merupakan salah sebuah negara Islam yang terbesar di rantau ini, namun mereka tidak la seketat ini. Pada tahun 2007, Beyonce yang membatalkan hasratnya membuat konsert di Malaysia, sebaliknya membuat konsert itu di Jakarta Indonesia.

Kebanyakkan industri hiburan sedunia mengatakan bahawa peraturan2 yang terlalu ketat ini la yang telah banyak mempengaruhi semangat artis2 antarabangsa untuk melawat dan membuat persembahan di Malaysia. Jadi, pada pendapat I lah...sudah sampainya kita kena berubah dan memberi sedikit kelonggaran kepada peraturan yang dikenakan...kalau tidak industri muzik di negara ini tak akan sampai ke mana pun! Fikirkanlah!


Tiada ulasan: