Selasa, 18 Mei 2010

HELLO Ryan Cabrera!


Pada pertengahan tahun 2000, ramai penyanyi muda yang bersaing sengit untuk menduduki carta teratas dalam industri musik. Sebilangan daripada mereka hanya bergantung pada produksi studio...namun ada sebilangan daripada mereka memang dilahirkan sebagai pemusik...sehingga boleh mencipta nama, lagu dan musik dengan bakat sendiri. Salah seorang daripada mereka ini adalah Ryan Cabrera! Mesti ramai lagi yang masih belum mengenali pemusik pop Amerika ni. Saya mula mengenali beliau melalui lagu hit pertamanya iaitu "40 kind of sadness". Setelah mendengarnya di radio...saya mula tertarik dengan genre musiknya dan seterusnya meminatinya sehinggala hari ini!

"I sometimes feel I can move mountains with my musics" - Ryan Cabrera

Dilahirkan pada July 18, 1982 di Dallas, Texas...Ryan berasal dari keluarga yang tidak mempunyai latar belakang seni musik langsung. "I started playing guitar kind of by accident.." Ryan memulakan cerita tentang perjalanan seni musiknya. Semasa berada di rumah temannya semasa zaman persekolahan dulu, dia terjumpa buku bit gitar. Keinginannya untuk mencuba rupanya telah membantu dia mengenali bakatnya sendiri.

Ryan pernah menubuhkan sebuah punk band sendiri yang dinamakan Caine. "The music was just as bad as our name was.." Ryan hampir berputus asa dan mengatakan yang dia bukanla seorang penyanyi terlatih dan penubuhan kumpulan itu adalah satu kesilapan besar. Satu hari, Ryan seolah-olah mendapat satu ilham dan semangat terhadap musiknya setelah mendengar musik Dave Matthews Band. Dia terpesona dengan gaya mainan gitar Matthew dan menganggap beliau sebagai penyanyi serta penulis lagu yang segar dan berbakat. Akhirnya, Ryan Cabrera memutuskan bahawa musik bukanla setakat hobi dia semata-mata lagi..."I said okay, this is going to be my life now. I have to start playing this music!"


Bermula dari album Elm Street (2001) diikuti Take It All Away (2004), You Stand Watching (2005) dan The Moon Under Water (2008)...Ryan Cabrera telah banyak meraih kedudukan carta teratas dalam industri muzik antarabangsa. Album Take It All Away telah berjaya menembusi jualan sehingga Double Platinum. Antara lagu single dia yang hit di carta termasukla I Will, On The Way Down, True, 40 Kind of Sadness, Shine On, Photo, Say dan Enemies. Namun, apa yang mebuat saya lebih tertarik kepada dia ini adalah genre musik yang dibawanya dan juga kerana hampir kesemua lagu daripada albumnya adalah hasil tulisan dan ciptaan dia sendiri. Saya memang suka jenis penyanyi sebegini! Hehehe...

P/s: Baru-baru ini saya ternampak Ryan dalam Youtube dah berambut panjang ala2 Kurt Cobain gtew....mana perginya trademark Ryan yang berambut bleach-blonde dan spiky tu??? Hehehe...

Tiada ulasan: