Memandangkan saya adalah salah seorang anak jati Sabah yang sekarang duduk di semenanjung Malaysia...biarlah saya bercerita sedikit tentang perayaan yang sangat dibanggakan dan meriah sekali di Sabah. Tadau Kaamatan merupakan perayaan suku kaum Kadazan-Dusun yang merupakan salah satu kaum terbesar di Sabah. Perayaan ini berlangsung setiap tahun pada 30hb dan 31hb Mei. Pesta ini diadakan bagi tujuan merayakan semangat padi atau lebih dikenali sebagai "Bambazon" dan dirayakan selepas musim menuai sebagai tanda kesyukuran.
Antara acara yang menarik sempena pesta ini adalah pertandingan ratu cantik atau "unduk ngadau", pertunjukkan bina badan, tarian Sumazau, acara menumbuk padi beramai-ramai dan persembahan kesenian dan kraftangan. Selain itu, hidangan popular juga turut menjadi tarikan pesta ini. Misalnya "Tapai" iaitu sejenis minuman atau arak tradisional kaum ini. Ianya diperbuat dari beras atau ubi kayu yang diperam dalam sebuah tempayan besar bercampur dengan ragi. Rasanya sedapppp...tapi minum banyak boleh buat korang tingtong@senggugut! Hahaha....
So, bagi semua kawan2 ku yang berasal dari Sabah terutamanya yang berbangsa Kadazan-Dusun...KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN kio......tahun ni melepas la saya nak celebrate kat kampung tersayangku...huhu :(
Tarian Sumazau
Pertandingan Unduk Ngadau
Kemeriahan Pesta menuai
Acara minum Tapai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan