Khamis, 28 Januari 2010

Jangan Berhenti Berharap!!



Hye semua.....

Post lepas saya ada cerita sedikit pasal GLEE....cerita baru yang tengah HOT sekarang ni kan?? Hehe....dalam cerita tu ada satu part dorang nyanyi lagu "Don't Stop Believin" rasanya kat episod 2 atau 3 kowt.... walaupun first time dengar, saya dah minat gila dengan lagu tu!! Entah dah berapa kali ulang2 scene tu....ahaks

Oleh kerana terlalu taksub dan jatuh cinta dengan lagu tu....saya pun bukalah Youtube sebab nak tahu sape penyanyi asal lagu tu. Tanpa disengajakan.....saya terjumpa video ni plak.....

Sape SAM TSUI ni??? Mesti korang pun x pernah dengar nama ni kan?? Apatah lagi saya!!

Dengan penuh perasaan ingin tahu....saya pun cubala try search more video of him dalam Youtube.....and you know what?? He is so amazing!! Wah....tak sangka saya dah jatuh cinta dengan suara dia...he's talented!! Apa yang special pasal dia ni.....dia bukan ARTIST, bukan PENYANYI, bukan CELEBRITY......but just a normal COLLEGE STUDENT of Yale that has no recording deal or any single yet!!! But man, he really got the voice and talents.....he can really sing beautifully....and i just can't get enough of HIM. Kalo korang search dia kat Youtube...korang boleh tengok dia nyanyi beberapa lagu yang korang pasti suka...misalnya Run by Leona Lewis, Thinking of You by Taylor Swift, Michael Jackson Medley, You and I Both by Jason Mraz dan macam2 lagi....

Sam Tsui is not ALONE?? If you like Sam Tsui...then you all harus kenal ngan kawan dia ni...KURTHUGO SCHNEIDER. Actually semua video, music arrangement and back up singer dalm video tu adalah atas usaha Kurt yang juga sangat berbakat dalm bidang musik (Tak heranla sebab dorang ni adalah pelajar dalam seni musik). Antara semua video lagu yang dia nyanyi dalam Youtube tu...saya paling suka "Don't Stop Believing".... atau Jangan Berhenti Berharap! Sedap juga tajuk lagu ni kan?! hehe....

**Sebagai kesimpulannnya.....akhirnya saya jumpa juga penyanyi asal lagu ni.....iaitu Journey..sebuah kumpulan veteran gteww...!! Tapi banding dengan penyanyi asal dangan Sam....I go for SAM!! Hehe~

Isnin, 25 Januari 2010

GOSSIP GIRL Vs GLEE

Hai...kali ini saya nak bercerita pasal orang2 yang suka bergosip dan orang2 yang suka menyanyi!! Yang mana adalah diri korang?? Hehe...

Pernah tengok tak cerita "Gossip Girl" dan "Glee"?? Actually dua2 cerita ini adalah the latest favourite saya baru2 ini....and actually I'm really addicted to both of these story....sebab tu la saya gigih letak dalam blog ni...hehe :)

Bagi yang tak tahu pasal dua2 citer ni kenala tengok sendiri dulu...baru la tahu kenapa saya cakap ianya addicted! Hehe...maybe bukan semua yang minat citer2 drama sebegini.....tapi bagi yang minat bab2 fashion, modern lifestyle, entertainment, musics, social and gossips..saya pasti korang mesti tergila2 kan cerita ni after the seeing first episode!! Believe it or not....try yourself!
Ahaks..

Nak tahu sikit pasal dua2 story ni? Okla....kali ini saya tak nak bagi full spoiler lagi la...nanti tak best la plak.....so saya just bagi bunga2 cerita ja ok?? Nanti the rest cari sendiri..!


GOSSIP GIRL diadaptasikan dari sebuah novel popular. Ia menceritakan tentang kehidupan remaja2 New York yang bersekolah di sebuah institusi elit. Cerita ini banyak mengaitkan isu2 percintaan, persahabatan, dadah, sex dan kehidupan remaja yang penuh dengan onak duri.

Sepanjang penceritaan, korang akan menemui seorang pencerita (narrator) yang tidak dikenali identitinya. Dia memegang watak sebagai "gossip girl". Segala isu serta huru hara yang timbul selalunya disebabkan oleh si "gossip girl" ini. Haha...dapat tak garis kasar citer ni?? So kepada korang yang taksub dengan dunia fashion dan gosip2 ni...memang sesuai sangat tengok cerita ini! Actually banyak pengajaran serta moral yang tersirat dalam drama ini...jadi tak rugi kalo menontonnya!! HEhehe..




GLEE plak merupakan citer teenager yang agak paling latest sekarang ni. Cerita ini berkonsepkan musical-comedy drama arahan Ryan Murphy (Nip/Tuck).

So bagi yang minat drama musical seperti dalam cerita High School Musical, korang pasti minat yang ini! Drama ini menceritakan tentang seorang cikgu yang berkerja keras untuk
menyelamatkan dan menaikkan semula nama pasukan kelab di sekolahnya yang kian pupus. Nama kelab itu ialah GLEE.

Berbeza dengan gossip girl, watak2 dalam cerita ini lebih menumpukan kepada "underdog
character". Namun itula kelebihan "Glee" sebab ia banyak menyentuh kehidupan sebenar remaja2 zaman sekarang. Penceritaan banyak menyelitkan unsur2 musikal yang dipetik daripada lagu2 popular masa kini...ditambah lagi dengan "underdog character"nya membuatkan Glee sebuah drama yang semakin naik popularitinya....dan juga membuat saya addicted menontonnya!


Sebagai kesimpulan...dua2 cerita ni memang sangat BEST and addictive. Nak download cerita ini dari internet memang mudah...tak payah susah2 cari DVDnya. So SELAMAT MENONTON!!

Jumaat, 22 Januari 2010

Mari belajar ABC!!



Ahaks.....bukan nak ajar huruf ABC...dan bukan juga nak menyanyi abjad ABC...kita bukan budak tadika yew! Haha.....

Ni nak bercerita sedikit pasal kisah semalam.....al-kisahnya bermula selepas habis kelas tu tiba2 kawan seorang ni (Alint namanya gtew) mengidam makan ABC. Kenapa?? Sebab dia feeling2 hamil kowt...oooops! Terlebih sudah......haha. Then, kitorang pun singgah jap kat kedai tepi jalan kat area Taman Semarak, Nilai untuk memuaskan nafsu beliau terhadap nikmat si ABC.

Sesampai je di sana, perkara pertama yang dicari bukannya kerusi atau meja yew...tapi jantz..gtew. Well, dah memang lumrah naluri manusia sejati...haha! Dah dapat target tu, barula kitorang cari tempat duduk yang berdekatan dengan si sasaran lalu dengan penuh keriangan mengorder ABC dan cendol. Wah...sedap sungguh menjamah juadah sejuk sambil menikmati pemandangan indah di depan mata!

Ok...cukup ngan cerita cikcur...kembali pada topik asal..ABC. Ada apa dengan ABC?? hehe...ABC adalah sejenis makanan yang cumanya terdapat di Malaysia ye.. Waktu kewujudan makanan pelik ini tidak dapat dipastikan sehingga kini...namun orang2 kita percaya ianya sudah wujud sebelum zaman kemerdekaan negara lagi. Tapi orang dulu2 tak la panggil ABC tu "ABC" ye....dorang panggil Ais Kepal (in m
y opinion maybe masa tu orang dulu2 tak mengenal lagi huruf ABC ye). Tak silap saya tempat ABC yang paling popular di Malaysia adalah Johor kowt... (correct me if i'm wrong)...hehe...


ABC (ais yang dikisar) biasanya di campur dengan cendol
ataupun kacang. Ada juga yang dicampur dengan ais krim (biasanya dipanggil ABC Special). Ada macam2 jenis ABC dijual sekarang, ada ABC perisa coklat la...ABC strawberi la...ABC Pak Haji Muthu...dan macam2 lagi la! Namun yang pasti...rasanya tetap sangat sedap ala-ala berlari di padang nikmatnya!! Hehe...jom ABC lepas nie....!!

NOTE: SAPE JEJAKA DALAM PIC TU??

Rabu, 20 Januari 2010

Zino sudah cipta BRAND baru?!?


"Apa....saya invented new brand? Layak ke? Hahaha..."
Mesti korang tertanya-tanya apa benda nie....Well, saya belum layak lagi nak buat model or brand baru ...but who knows satu hari nanti kalau ada rezeki kan? So jangan pening-pening kepala dulu...relax.....brand ni bukan saya yang buat....tapi DELL corporation yang buat....mesti korang belum pernah dengar kan?? Tapi bagi yang minat dalam dunia gadget atau IT mesti dah tau benda ni......atau maybe belum sebab still baru dalam pasaran lagi.

Macam saya ni bukanla die-hard-fan of gadgets and IT stuffs...but off and on...kadang2 tu "terminat" juga! Macam yang ini.....saya minat sebab reka bentuk dia yang sangat comel and elegan..bayangkanla kalo ada desktop sekecil comel ini....boleh dibawa ke mana2...mesti best!!
Dan yang menarik juga pasal dektop ini sebab dia menggunakan latest operating system iaitu Windows 7 dan juga Windows Vista, boleh support up to 1 TB hard disk capacity!! Lepas tu bukan bleh guna setakat kat PC saja ye, tapi leh gak sambng terus kat televisyen untuk tujuan hiburan u olz!! Best kan?!?
Nak tahu lebih lanjut pasal tech specification,

INTRODUCING..........Inspiron Zino HD!

Apa Inspiron Zino HD?? Bacala nie... (sumber dari http://www.dell.com)



"Introducing the new InspironTM Zino HD mini desktop computer. You’ll be amazed by how many powerful features are inside such a perfectly small 8" by 8" square."
  • Personalize with 10 optional interchangeable colors and designs
  • Its small form factor conveniently fits just about anywhere
  • Watch movies with HDMI and optional Blu-ray DiscTM Drive
  • Optional discrete graphics, up to 8GB memory1 and up to 1TB2 hard drive for amazing performance
  • Meets Energy Star® 5.0 Standards

So, ada minat tak?? hehe....yang penting nama brand pun sama macam nama saya kan?? Bangga la juga kejap sambil menunjuk-nunjuk kat kawan2 nie...haha...So kalo minat beli la...tapi tak sure lagi kat Malaysia dah ada atau belum. Setakat ni status unknown...begitu juga dengan harganya. Senang cerita, apa kata kita gi berkunjung kat cawangan DELL ?? Hehe... SELAMAT MEMBELI!


Isnin, 18 Januari 2010

Papan Yang Boleh Bercakap??

Mesti korang pelik dengan tajuk post ni kan?? Papan yang boleh bercakap-cakap? Apa tu??! Hahaha.....ok...let me explain...gtew..

"Papan bercakap"....atau dalam bahasa English "talking board" sebenarnya merujuk kepada papan Ouija atau Ouija Board! Pernah dengar tak?? Actually semalam time lepak2 ngan kawan2 kat kedai mamak di Cheras.....kitorang adalah bercerita tentang movie "Paranormal Activity" yang agak TOP kat cinema sekarang ni. Dalam cerita tu, kitorang sempatla menyentuh sedikit pasal Ouija board ni. Well, some of us tertanya2 sama ada betul atau tidak game ni berkaitan langsung dengan aktiviti paranormal atau pun hanya sekadar permainan semata-mata??
So....untuk mendapatkan jawapan tu, sy pun mencadangkan la kat semua untuk bermain Ouija board time camping kat Sg. Congkak hujung bulan ni.

"NO......!! Jangan main2 dengan benda ni k......silap2 nanti leh dirasuk Jin hutan!!!" So...cadangan kena reject bulat2!

After balik hostel pagi tadi...sy sempatla buat sedikit research pasal background and history benda ni kat internet (gigih yew....haha...sy kan mmg minat benda2 seram dan pelik). Nothing much extraordinary about the game actually.....apa yang sy faham Ouija board actually bermula di England seawal tahun 1854. Mereka percaya Ouija merupakan satu medium untuk berinteraksi antara dunia yang hidup dan yang mati...atau secara ringkasnya medium untuk berkomunikasi dengan roh, setan atau iblis.

Banyak pandangan dan pendapat tentang kesahihan bahawa Ouija board berkait rapat dangan devil or satan activities. Segilintir pengkaji mengatakan pergerakkan yang dihasilkan pada papan Ouija merupakan tindakan tidak sedar atau dalam bahasa English "unsconcious mind" movement. Tapi dari sudut pandangan agama adalah sebaliknya. Ada yang mengatakan papan Ouija merupakan ciptaan Setan untuk menyesat umat manusia.
Persoalannya....fakta yang mana satu yang korang percaya? Beranikah korang cuba bermain dengan Ouija board??? Hurmmm......bagi sy, rasa ingin tahu tu memang sangat kuat...but untuk ambil risiko tidak sekali ye!!! Haha...korang pula macam mana?

Sabtu, 16 Januari 2010

[SPOILER ALERT] My Review : Ju-On White Ghost & Black Ghost VS Case 39

Aduhai.....memang penat gila semalam keluar berjalan2 di Alamanda Putrajaya dengan roommate gtew. Bayangkan la bangun seawal pukul 7 pagi semata2 ke kolej nak ambil result semester lepas...tapi hampa! Kena tunda la pula ke minggu depan baru boleh dapat! Choi...

Dengan penuh tensen, kitorg pun bercadang nak gi release tensen kat Alamanda Putrajaya. So gerak dari hostel lebih kurang pukul 11 pagi tu.....dan sesampai sana je terus bercadang nak tengok wayang marathon gtew...so I pun decided tengok cerita Case 39 yang bermula pukul 4.40pm dan Ju-on pukul 9.10pm. Jadi, saya ingin memberi sedikit pandangan saya terhadap dua2 movies ni...maybe pandangan saya tak sama macam yang lain...depends la pada setiap individu kan? But as a fans of horror movies...so inilah pandangan saya...hehe

Ju-On White Ghost & Black Ghost :
At first, saya tertanya2 ada apa dengan cerita ini? Setahu saya, cerita ini sudah tamat...kenapa still ada Ju-On lagi? Oleh itu, disebabkan penuh curiosity, saya pun tengoklah!
Aduh, permulaan cerita memang sangat menakutkan. Di awal penceritaan menampilkan cerita tentang
"White ghost".....cerita pasal seorang mahasiswa universiti membunuh seluruh ahli keluarganya...lalu akhirnya membunuh diri dengan menggantungkan dirinya dia sebuah pokok!
Sebelum membunuh diri tu dia sempat merakam suaranya yang berkata "Saya datang...saya datang segera!" Lalu ada plak bunyi pompuan menjawab......Seram tak??!
Memamng seram juga tengok hantu putih ni...tapi kelakar pun ada! Haha....ada tak hantu yang suka bawa bola keranjang?? Tak pernah dengar lagi...tapi memang sangat unik.
Lepas tu pasal "Black Ghost" plak.....cerita tentang sumpahan bayi yang tidak dilahirkan! bayi itu actually terkurung dalam badan seorang budak (yang merupakan kembar budak itu)..dan oleh itu dengan penuh dendam menyalahkan mak dia sebab tidak melahirkan dia. Oleh itu, dia mula membunuh semua orang yang mempunyai ikatan atau berdekatan dengan budak itu. Tapi hantu ini tak la menakutkan sangat....very the hitam ja! haha...
Namun begitu, rasanya cerita Ju-On kali ini agak kurang sikit berbanding yang dulu2 punya.
Apa tidaknya...plot cerita kali ini amat memeningkan....dan cara suspen hantu itu boleh di predict.. sempat lagi saya terdengar orang sebelah tertanya2 bila nak tamat citer tu! Haha~ So I bagila 3 bintang ja kat cerita ni. But actually bagi pengikut cerita Ju-On sebelum ni kena juga tengok cerita ini sebab ada kaitan dengan yang sebelum ini....scene last tu actually akan bgtau kita macam mana Ju-On ni boleh wujud dan bermula! hehehe....tengok jgn tak tengok...!

Case 39:
Ha!! Cerita ini saya bagi 4 bintang setengah k!! memang best gila...dan amat menyeramkan! Cerita
ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang di adopted oleh seorang pekerja sosial dari Jabatan Kanak-kanak selepas diselamatkan dari kes penderaan oleh ibu bapanya. Ibu bapanya yang sedang ingin membunuh budak perempuan itu dengan membakarnya di ketuhar berjaya diselamatkan oleh pekerja itu (Renee Zelweger) dan akhirnya mengambil keputusan untuk menjaga budak itu sementara menunggu keluarga angkat yang lain. Namun keputusan yang diambil itu mengundang tragedi yang amat lah azab dan menyeramkan.....bahawa budak perempuan itu rupa-rupanya jelmaan syaitan! Akhirnya Renee yang pula berusaha untuk membunuh budak perempuan itu...namun semuanya bukan mudah seperti yang disangkakan! Huhuhu...memang terjerit2 orang kat panggung sepanjang cerita itu. Plot memang very easy to follow dan tidak la terlalu melalut macam Ju-On tu...hehe.

Thus, the winner of the marathon movies goes to.........CASE 39!! Hehehehe.. SELAMAT MENONTON SEMUA.

***Next happening horror films must-watch are LEGION, NIYANG RAPIK & HAUNTED UNIVERSITY!

Selasa, 12 Januari 2010

Anugerah Juara Lagu Ke-24 [ AJL24]


Wah...ini dah kali keempat berturut2 saya menghadiri AJL yang diadakan di stadium Bukit Jalil, KL. Menemani saya malam itu adalah Along (si sponsor tiket..hehe), Ashruf dan Afiq. Namun begitu, kali ini sambutan amat memeranjatkan dari yang sebelum ni....apa tidaknya....sampai sesak nafas saya berebut dgn penonton2 yang lain utk masuk ke stadium itu. Nasib baikla tak jatuh pengsan disebabkan kekurangan oksigen malam itu! Pada pandangan saya, ini mungkin disebabkan oleh calon2 pertandingan kali ini mostly adalah berlatarbelakangkan konsep Indie yang menjadi trend orang ramai zaman skrg, contohnya Yuna, Estranged, Hujan dan Bunkface. Bukan itu saja, lagu2 yang dipertandingkan kali ini pun sangat mengujakan dan diminati ramai....tidak kurang juga calon2 dari realiti tv seperti Stacy AF, Akim AF, Hafiz AF, Aizat AF, Tomok OIAM, dan Black Mentor (Vocal Terbaik) ....dan the only artis senior dalam AJL kali ini Misha Omar.


Acara dimulakan dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza dan Lan MUH membawakan lagu 'Lagu Untukmu'. Hurm....bagi sy persembahan agak biasa2 je....dan suara Datuk Siti agak tenggelam timbul bila masuk part duet bersama Lan. Just like I'm expected.....Siti mmg best but vocally not my preference....hehe...

Dalam semua 14 lagu yang dipertandingkan..... paling memberi kejutan pd sy adalah Bunkface dan juga Yuna. Bunkface yang sy sangkakan sebelum ni slalu 'pancit' dan 'out' bila buat live show cukup memeranjatkan bila mereka membuat satu kelainan dr segi corak persembahan mereka. Kehadiran penari dari kalangan budak2 kecil sungguh menarik perhatian sy pada masa itu....lebih2 lagi lagu "Situasi" adala salah satu lagu yang paling sy minat dlm kumpulan ini.
Kelunakan suara Yuna yg sangat original pula sangat memukau jiwa...terutamanya part dia memanggil 'oh Bulan...oh bulan' tu....hehe.


Persembahan Aizat 'Kau dan Aku' juga tidak kurang hebatnya dan lagu "Pergi" pula berjaya membuat org senyap dan sepi sebentar mendengar dia menyanyi dengan penuh emosi dan perasaan. Lagu yang ditujukan khas utk allahyarham YAsmin Ahmad ini berjaya menambat hati juri2 sekaligus membuatkan lagu in menjadi juara lagu AJL kali ini. Lagu 'Kau dan Aku' bagi sy vocally amat biasa namun sy suka tgk cara penyampaian lagu itu ala2 drama musikal 'High School Musical' versi budak sekolah Malaysia! hehe....tak heran la dia bleh menang persembahan terbaik malam itu...


Antara lain lagu yang bagi sy yg memberi saingan hebat adala "Bencinta" Faizal Tahir yg ala2 Lady Gaga....the very Britney Spear, Stacy "Pakai Buang" dan juga the vampire show of Akim 'Bengang'!

Walaupun malam itu ada sedikit kerosakan teknikal disebabkan 'blackout' pada masa persembahan Jay Jay, namun ahli TV3 memang cekap menangani masalah tersebut....Well Done! ;)

Pertandingan berakhir lebih kurang pukul 12 malam.

Sebagai kesimpulannya, saya agak berpuas hati dengan keputusan juri pada malam itu. Previously timbul juga persoalan mengapa juri2 kali ini memilih calon yg hampir kesemuanya still "freshie" gtew...but now i realize why.....mereka mau melihat suatu kelainan dalam AJL kali ini...and it really pay off!!
Tahniah buat semua pemenang...especially to Faizal Tahir yang berjaya melakukan persembahan yang 'WOW' walaupun tengah sakit dan tempang ketika itu!! Tak sabar pula menanti the next AJL25...hehe ;)


Jumaat, 8 Januari 2010

T Pyxidis: Bakal mengHancurkan Bumi?!?

Pernah tak korang dengar pasal T Pyxidis?? Mesti korang tertanya2 apa tu T Pyxidis kan?? Ia bukan binatang, nama jenama ataupun nama tempat ye....Actually, T Pyxidis tu adalah nama sebuah bintang dia luar angkasa.....jaraknya dari bumi adalah 3260 tahun cahaya (iaitu lebih dekat dari jangkaan pakar astronomi dunia sebelum ini)!!

Namun, apa yang lebih menakutkan adalah bintang ini umpama 'time-bomb'!! Ia adalah sebuah bintang yang mengandungi berbilion bilion bilion tan bahan letupan....dan jika ia meletup......kesan radiasinya mampu memusnahkan lapisan ozon bumi yang melindungi bumi dari matahari.....dan ini akan mengakibatkan bumi menjadi rentung. [ Remember: Janji Tuhan kepada Nabi Nuh bahawa kiamat kali kedua bukannya air bah lagi...tapi adalah api pemusnah!]

Untuk pengetahuan korang, beberapa siri letupan (Nova) telah berjaya dirakam sebelum ni...kali pertama adalah pada May 1902, kemudian sekali lagi pada 1920 dan 1944....dan yang kali terakhir adalah pada November 1966. Menurut kajian, pola siri letupan adalah setiap 20 tahun. Namun 1966 adalah kali terakhir letupan itu berlaku....dan sehingga kini sudah lebih daripada 4o tahun tertangguh. jadi, persoalan di sini...bilakah letupan seterusnya ini akan berlaku? Even pakar astronomi pun tidak dapat menjangkakan waktu sebenar letupan akan berlaku lagi....maybe esok, lusa, next week, tahun depan......or maybe 2012???!!!??

Dan beringatlah...disebabkan penangguhan letupan oleh bintang ini....T Pyxidis menjadi semakin besar dan besar......dan seharusnya kita dapat bayangkan betapa besar dan hebatnya letupan dan kesannya bakal terjadi nanti!!!!