Sabtu, 16 Januari 2010

[SPOILER ALERT] My Review : Ju-On White Ghost & Black Ghost VS Case 39

Aduhai.....memang penat gila semalam keluar berjalan2 di Alamanda Putrajaya dengan roommate gtew. Bayangkan la bangun seawal pukul 7 pagi semata2 ke kolej nak ambil result semester lepas...tapi hampa! Kena tunda la pula ke minggu depan baru boleh dapat! Choi...

Dengan penuh tensen, kitorg pun bercadang nak gi release tensen kat Alamanda Putrajaya. So gerak dari hostel lebih kurang pukul 11 pagi tu.....dan sesampai sana je terus bercadang nak tengok wayang marathon gtew...so I pun decided tengok cerita Case 39 yang bermula pukul 4.40pm dan Ju-on pukul 9.10pm. Jadi, saya ingin memberi sedikit pandangan saya terhadap dua2 movies ni...maybe pandangan saya tak sama macam yang lain...depends la pada setiap individu kan? But as a fans of horror movies...so inilah pandangan saya...hehe

Ju-On White Ghost & Black Ghost :
At first, saya tertanya2 ada apa dengan cerita ini? Setahu saya, cerita ini sudah tamat...kenapa still ada Ju-On lagi? Oleh itu, disebabkan penuh curiosity, saya pun tengoklah!
Aduh, permulaan cerita memang sangat menakutkan. Di awal penceritaan menampilkan cerita tentang
"White ghost".....cerita pasal seorang mahasiswa universiti membunuh seluruh ahli keluarganya...lalu akhirnya membunuh diri dengan menggantungkan dirinya dia sebuah pokok!
Sebelum membunuh diri tu dia sempat merakam suaranya yang berkata "Saya datang...saya datang segera!" Lalu ada plak bunyi pompuan menjawab......Seram tak??!
Memamng seram juga tengok hantu putih ni...tapi kelakar pun ada! Haha....ada tak hantu yang suka bawa bola keranjang?? Tak pernah dengar lagi...tapi memang sangat unik.
Lepas tu pasal "Black Ghost" plak.....cerita tentang sumpahan bayi yang tidak dilahirkan! bayi itu actually terkurung dalam badan seorang budak (yang merupakan kembar budak itu)..dan oleh itu dengan penuh dendam menyalahkan mak dia sebab tidak melahirkan dia. Oleh itu, dia mula membunuh semua orang yang mempunyai ikatan atau berdekatan dengan budak itu. Tapi hantu ini tak la menakutkan sangat....very the hitam ja! haha...
Namun begitu, rasanya cerita Ju-On kali ini agak kurang sikit berbanding yang dulu2 punya.
Apa tidaknya...plot cerita kali ini amat memeningkan....dan cara suspen hantu itu boleh di predict.. sempat lagi saya terdengar orang sebelah tertanya2 bila nak tamat citer tu! Haha~ So I bagila 3 bintang ja kat cerita ni. But actually bagi pengikut cerita Ju-On sebelum ni kena juga tengok cerita ini sebab ada kaitan dengan yang sebelum ini....scene last tu actually akan bgtau kita macam mana Ju-On ni boleh wujud dan bermula! hehehe....tengok jgn tak tengok...!

Case 39:
Ha!! Cerita ini saya bagi 4 bintang setengah k!! memang best gila...dan amat menyeramkan! Cerita
ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang di adopted oleh seorang pekerja sosial dari Jabatan Kanak-kanak selepas diselamatkan dari kes penderaan oleh ibu bapanya. Ibu bapanya yang sedang ingin membunuh budak perempuan itu dengan membakarnya di ketuhar berjaya diselamatkan oleh pekerja itu (Renee Zelweger) dan akhirnya mengambil keputusan untuk menjaga budak itu sementara menunggu keluarga angkat yang lain. Namun keputusan yang diambil itu mengundang tragedi yang amat lah azab dan menyeramkan.....bahawa budak perempuan itu rupa-rupanya jelmaan syaitan! Akhirnya Renee yang pula berusaha untuk membunuh budak perempuan itu...namun semuanya bukan mudah seperti yang disangkakan! Huhuhu...memang terjerit2 orang kat panggung sepanjang cerita itu. Plot memang very easy to follow dan tidak la terlalu melalut macam Ju-On tu...hehe.

Thus, the winner of the marathon movies goes to.........CASE 39!! Hehehehe.. SELAMAT MENONTON SEMUA.

***Next happening horror films must-watch are LEGION, NIYANG RAPIK & HAUNTED UNIVERSITY!

Tiada ulasan: