Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 12 Januari 2010

Anugerah Juara Lagu Ke-24 [ AJL24]


Wah...ini dah kali keempat berturut2 saya menghadiri AJL yang diadakan di stadium Bukit Jalil, KL. Menemani saya malam itu adalah Along (si sponsor tiket..hehe), Ashruf dan Afiq. Namun begitu, kali ini sambutan amat memeranjatkan dari yang sebelum ni....apa tidaknya....sampai sesak nafas saya berebut dgn penonton2 yang lain utk masuk ke stadium itu. Nasib baikla tak jatuh pengsan disebabkan kekurangan oksigen malam itu! Pada pandangan saya, ini mungkin disebabkan oleh calon2 pertandingan kali ini mostly adalah berlatarbelakangkan konsep Indie yang menjadi trend orang ramai zaman skrg, contohnya Yuna, Estranged, Hujan dan Bunkface. Bukan itu saja, lagu2 yang dipertandingkan kali ini pun sangat mengujakan dan diminati ramai....tidak kurang juga calon2 dari realiti tv seperti Stacy AF, Akim AF, Hafiz AF, Aizat AF, Tomok OIAM, dan Black Mentor (Vocal Terbaik) ....dan the only artis senior dalam AJL kali ini Misha Omar.


Acara dimulakan dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza dan Lan MUH membawakan lagu 'Lagu Untukmu'. Hurm....bagi sy persembahan agak biasa2 je....dan suara Datuk Siti agak tenggelam timbul bila masuk part duet bersama Lan. Just like I'm expected.....Siti mmg best but vocally not my preference....hehe...

Dalam semua 14 lagu yang dipertandingkan..... paling memberi kejutan pd sy adalah Bunkface dan juga Yuna. Bunkface yang sy sangkakan sebelum ni slalu 'pancit' dan 'out' bila buat live show cukup memeranjatkan bila mereka membuat satu kelainan dr segi corak persembahan mereka. Kehadiran penari dari kalangan budak2 kecil sungguh menarik perhatian sy pada masa itu....lebih2 lagi lagu "Situasi" adala salah satu lagu yang paling sy minat dlm kumpulan ini.
Kelunakan suara Yuna yg sangat original pula sangat memukau jiwa...terutamanya part dia memanggil 'oh Bulan...oh bulan' tu....hehe.


Persembahan Aizat 'Kau dan Aku' juga tidak kurang hebatnya dan lagu "Pergi" pula berjaya membuat org senyap dan sepi sebentar mendengar dia menyanyi dengan penuh emosi dan perasaan. Lagu yang ditujukan khas utk allahyarham YAsmin Ahmad ini berjaya menambat hati juri2 sekaligus membuatkan lagu in menjadi juara lagu AJL kali ini. Lagu 'Kau dan Aku' bagi sy vocally amat biasa namun sy suka tgk cara penyampaian lagu itu ala2 drama musikal 'High School Musical' versi budak sekolah Malaysia! hehe....tak heran la dia bleh menang persembahan terbaik malam itu...


Antara lain lagu yang bagi sy yg memberi saingan hebat adala "Bencinta" Faizal Tahir yg ala2 Lady Gaga....the very Britney Spear, Stacy "Pakai Buang" dan juga the vampire show of Akim 'Bengang'!

Walaupun malam itu ada sedikit kerosakan teknikal disebabkan 'blackout' pada masa persembahan Jay Jay, namun ahli TV3 memang cekap menangani masalah tersebut....Well Done! ;)

Pertandingan berakhir lebih kurang pukul 12 malam.

Sebagai kesimpulannya, saya agak berpuas hati dengan keputusan juri pada malam itu. Previously timbul juga persoalan mengapa juri2 kali ini memilih calon yg hampir kesemuanya still "freshie" gtew...but now i realize why.....mereka mau melihat suatu kelainan dalam AJL kali ini...and it really pay off!!
Tahniah buat semua pemenang...especially to Faizal Tahir yang berjaya melakukan persembahan yang 'WOW' walaupun tengah sakit dan tempang ketika itu!! Tak sabar pula menanti the next AJL25...hehe ;)


4 ulasan:

misbah al munier berkata...

AJL 24 mmg best

Zino Zegna berkata...

betul...hehe...ade gi tgk konsert live x?

misbah al munier berkata...

tak gi tgk live pun..
sbb bz. ade exam..

Zino Zegna berkata...

xpe...tgk tv pun ok ape...next year gi la tgk live...lg best ;)