Isnin, 25 Januari 2010

GOSSIP GIRL Vs GLEE

Hai...kali ini saya nak bercerita pasal orang2 yang suka bergosip dan orang2 yang suka menyanyi!! Yang mana adalah diri korang?? Hehe...

Pernah tengok tak cerita "Gossip Girl" dan "Glee"?? Actually dua2 cerita ini adalah the latest favourite saya baru2 ini....and actually I'm really addicted to both of these story....sebab tu la saya gigih letak dalam blog ni...hehe :)

Bagi yang tak tahu pasal dua2 citer ni kenala tengok sendiri dulu...baru la tahu kenapa saya cakap ianya addicted! Hehe...maybe bukan semua yang minat citer2 drama sebegini.....tapi bagi yang minat bab2 fashion, modern lifestyle, entertainment, musics, social and gossips..saya pasti korang mesti tergila2 kan cerita ni after the seeing first episode!! Believe it or not....try yourself!
Ahaks..

Nak tahu sikit pasal dua2 story ni? Okla....kali ini saya tak nak bagi full spoiler lagi la...nanti tak best la plak.....so saya just bagi bunga2 cerita ja ok?? Nanti the rest cari sendiri..!


GOSSIP GIRL diadaptasikan dari sebuah novel popular. Ia menceritakan tentang kehidupan remaja2 New York yang bersekolah di sebuah institusi elit. Cerita ini banyak mengaitkan isu2 percintaan, persahabatan, dadah, sex dan kehidupan remaja yang penuh dengan onak duri.

Sepanjang penceritaan, korang akan menemui seorang pencerita (narrator) yang tidak dikenali identitinya. Dia memegang watak sebagai "gossip girl". Segala isu serta huru hara yang timbul selalunya disebabkan oleh si "gossip girl" ini. Haha...dapat tak garis kasar citer ni?? So kepada korang yang taksub dengan dunia fashion dan gosip2 ni...memang sesuai sangat tengok cerita ini! Actually banyak pengajaran serta moral yang tersirat dalam drama ini...jadi tak rugi kalo menontonnya!! HEhehe..




GLEE plak merupakan citer teenager yang agak paling latest sekarang ni. Cerita ini berkonsepkan musical-comedy drama arahan Ryan Murphy (Nip/Tuck).

So bagi yang minat drama musical seperti dalam cerita High School Musical, korang pasti minat yang ini! Drama ini menceritakan tentang seorang cikgu yang berkerja keras untuk
menyelamatkan dan menaikkan semula nama pasukan kelab di sekolahnya yang kian pupus. Nama kelab itu ialah GLEE.

Berbeza dengan gossip girl, watak2 dalam cerita ini lebih menumpukan kepada "underdog
character". Namun itula kelebihan "Glee" sebab ia banyak menyentuh kehidupan sebenar remaja2 zaman sekarang. Penceritaan banyak menyelitkan unsur2 musikal yang dipetik daripada lagu2 popular masa kini...ditambah lagi dengan "underdog character"nya membuatkan Glee sebuah drama yang semakin naik popularitinya....dan juga membuat saya addicted menontonnya!


Sebagai kesimpulan...dua2 cerita ni memang sangat BEST and addictive. Nak download cerita ini dari internet memang mudah...tak payah susah2 cari DVDnya. So SELAMAT MENONTON!!

Tiada ulasan: