Isnin, 28 Jun 2010

Lagu Tema FIFA 1966-2010

Memandangkan sekarang musim "HOT" FIFA 2010, pasti ramai dah tahu lagu tema World Cup 2010 kan??! Apa lagi kalau bukan "Waka...Waka..Eh..Eh.." yang dinyanyikan oleh penyanyi yang popular dengan debut singlenya dulu "Underneath Your Clothes" iaitu Shakira! Wah...bukan main meletop video klip Shakira dalam lagu ni. Dia memang makin"HOT" sekarang kan?! Tidak lupa juga penyanyi Spiritual terkenal R Kelly dengan lagunya "Sign of Victory". Kedua-dua lagu ni memang hebat dan sangat BEST!

Namun dalam keasyikkan FIFA tahun ini...pasti ramai yang tak tahu langsung pasal lagu-lagu tema FIFA yang sudah lapuk ditelan zaman kan? Hehehe....Walaupun saya bukan peminat fanatik bola sepak...tapi saya amat meminati lagu-lagu tema FIFA ini. Bagi saya lagu-lagu yang diperkenalkan semuanya sangat best. Lagu yang menjadi tema FIFA mempunyai pelbagai variasi dari segi tema serta genre yang dibawa. Tambahan pula, penyanyi-penyanyi yang membawa lagu-lagu ini semuanya bukan calang-calang hebat!

Terlintas di fikiran saya untuk mendengar semula lagu-lagu tema FIFA dari dulu sampai sekarang kat Youtube. Waahh...memang BEST! Siap download lagi...hehe. So bagi sesiapa yang tak tahu lagi lagu-lagu yang pernah menjadi tema FIFA dari tahun 1966 sehingga kini...ini adalah senarainya: (KLIK pada link kalo nak dengar lagunya k)

  1. 1996 (England)- World Cup Willie (Where in this World are We Going) by Lonnie Donegan
  2. 1982 (Spain)- Mundial '82 by Placido Domingo
  3. 1986 (Mexico)- A Special Kind of Hero by Stephanie Lawrence
  4. 1990 (Italy)- Un'estate Italiana by Edoardo Bennato & Gianna Nannini
  5. 1994 (US)- We are the Champions by Queen
  6. 1998 (France)- The Cup of Life by Ricky Martin and Together Now by Jean Michel Jarre & Tetsuya Komuro
  7. 2002 (South Korea, Japan)- Anthem by Vangelis and Boom by Anastacia
  8. 2006 (Germany)- Celebrate the Day by Herbert Gronemeyer with Amadou & Mariam and The Time of Our Lives by ll Divo & Tony Braxton
  9. 2010 (South Africa)- Sign of Victory by R Kelly and Waka Waka (This Time for Africa) by Shakira.

Enjoy the songs....!!! :)

Tiada ulasan: