Khamis, 3 Jun 2010

Kata TIDAK pada Buang Bayi!!

Aduhai......saya agak terkilan dan rasa kecewa akhir-akhir ini! Bukan kecewa sebab putus cinta....tapi kecewa dengan kes buang bayi yang semakin hari semakin menjadi-jadi ala2 satu trend baru di Malaysia ini. Agak terkejut juga bila mendapat tahu statistik baru-baru ini bahawa di Malaysia, sebanyak 2 bayi luar nikah dilahirkan setiap jam!! Parah tak?! Saya tertanya-tanya juga kenapa kita boleh menjadi seteruk ini? Adakah disebabkan golongan-golongan ini terdiri daripada orang-orang yang tidak berpendidikan dan kurang ajaran agama?? Adakah kita perlu menuding jari kepada ibu bapa mereka kerana tidak pandai mendidik?? Ataupun golongan-golongan ini memang dilahirkan dengan perasaan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam?? Wah...banyak sungguh persoalan yang tidak terjawab ni...

Oleh sebab begitu banyak persoalan yang sukar dijawab....saya rasa pencegahan adalah cara terbaik untuk mengatasi kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini!
Bagaimana caranya??!!

INTRODUCING...................................................

LEVONELLE!


Levonelle adalah salah satu ubat contraceptive yang agak istimewa di pasaran. Ia lebih dikenali sebagai emergency contraceptive. Bagi pasangan yang terlanjur dan terlupa mengenakan protection yang sepatutnya...jangan risau! Masih ada masa! Sebaik saja melakukan aktiviti terlarang tu...pasangan perempuan boleh mencegah daripada terhamil dengan memakan ubat ini. Tetapi perlu la diingatkan....jangka masa yang efektif adalah dalam 12 sehingga 72 jam sahaja!! Lebih daripda 72 jam....anda tanggungla sendiri. Makan ubat ini pun dah tak guna! Mungkin ramai yang tertanya adakah cara ini halal? Ingat! Ini bukan satu teknik pengguguran anak. Menurut clinical study...ia bertindak untuk mengelak sperma bergabung dengan ovum! dengan ini proses penghasilan zygote tidak akan terjadi.

Untuk keterangan lanjut....sila layari http://www.levonelle.co.uk.
Selamat mencuba!

2 ulasan:

i.r.k.u.y.s berkata...

wwah..siap ade cara nk halang lg..hebat!!

Zino Zegna berkata...

hebat kan ubat ni?? hehe cubala...bleh beli kt pharmacy shop...;p